Loading...

Adik Ustaz Kazim tarik diri bertanding PRU14

Loading...
Adik Ustaz Kazim tarik diri bertanding PRU14 - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Adik Ustaz Kazim tarik diri bertanding PRU14, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Adik Ustaz Kazim tarik diri bertanding PRU14
link : Adik Ustaz Kazim tarik diri bertanding PRU14

Baca juga


Adik Ustaz Kazim tarik diri bertanding PRU14



 Adik Ustaz Kazim tarik diri bertanding PRU14
Ahmad Hasbullah(tengah) bersama sebahagian penyokongnya mengadakan sidang media di Dewan Haji Elias, Kampung Paya, Batu Kurau petang tadi.
 
BATU KURAU - Ketidaksepakatan dengan kepimpinan Umno Bahagian Larut antara punca utama Adun Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah Alias, 51, mengumumkan penarikan diri daripada bertanding pada PRU14 ini.

Adik kepada pendakwah terkemuka, Datuk Mohd Kazim Elias itu berkata, keputusan itu dibuat setelah pihaknya melihat berlakunya kelompongan dalam kepimpinan Umno yang menyebabkan masalah rakyat tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Menurutnya, ketidaksepakatan itu juga menyebabkan rakyat dan pengundi Dun Kubu Gajah menjadi mangsa apabila banyak agenda pembangunan dan menaik taraf kehidupan mereka tidak dapat dilaksanakan.

"Saya simpati dengan rakyat terhadap permasalahan yang mereka alami dan melihat kepentingan kepimpinan Umno sama ada di peringkat bahagian, negeri dan pusat senada dan seiringan untuk menguruskan masalah rakyat terutama dalam aspek pembangunan.

"Saya rasa sudah sampai masanya saya berundur untuk memberi peluang kepada golongan muda dan keputusan ini dibuat setelah saya berfikir dengan semasak-masaknya," katanya pada sidang media di Dewan Haji Elias, Batu Kurau, di sini hari ini.

Ahmad Hasbullah berkata, keputusan dibuat baginya adalah bertepatan pada masanya kerana tugas wakil rakyat memerlukan komitmen dan kerjasama utuh dari semua pihak.

Menurutnya, intipati kejayaan wakil rakyat dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat adalah dengan gabungan kerjasama dan kesepakatan antara dirinya dengan kepimpinan parti di peringkat bahagian.

"Sehingga kini, saya mengakui berasa agak diketepikan oleh kepimpinan Umno bahagian dan wakil rakyat lain ketika membincangkan aspek pembangunan rakyat Dun Kubu Gajah.

"Melihat keadaan itu, saya memikirkan keputusan mengundur diri adalah langkah terbaik demi memastikan calon wakil rakyat baharu dalam meneruskan agenda pembangunan rakyat Dun Kubu Gajah sebelum ini," katanya.



Thus Article Adik Ustaz Kazim tarik diri bertanding PRU14

Itulah artikel Adik Ustaz Kazim tarik diri bertanding PRU14 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Adik Ustaz Kazim tarik diri bertanding PRU14 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/adik-ustaz-kazim-tarik-diri-bertanding.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Adik Ustaz Kazim tarik diri bertanding PRU14"

Catat Ulasan

Loading...