Loading...

Zakaria Ke SPRM Serah Dokumen, Bersedia Menjawab Semua Soalan

Loading...
Zakaria Ke SPRM Serah Dokumen, Bersedia Menjawab Semua Soalan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Zakaria Ke SPRM Serah Dokumen, Bersedia Menjawab Semua Soalan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Zakaria Ke SPRM Serah Dokumen, Bersedia Menjawab Semua Soalan
link : Zakaria Ke SPRM Serah Dokumen, Bersedia Menjawab Semua Soalan

Baca juga


Zakaria Ke SPRM Serah Dokumen, Bersedia Menjawab Semua Soalan

PUTRAJAYA: Sehari selepas diarahkan bercuti oleh Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings, Datuk Zakaria Arshad hari ini hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berbekalkan dokumen berkenaan syarikat itu.
Ketua pegawai eksekutif dan presiden FGV Holdings itu berkata beliau dipanggil badan anti-rasuah itu.
“Saya dipanggil SPRM tetapi saya pun dah sedia. Hari ini tak ada cerita apa, cuma nak serah dokumen berkenaan FGV sahaja.
“Terpulang pada SPRM nak tanya apa,” katanya.
Semalam, Zakaria menyeru SPRM menyiasat keseluruhan operasi syarikat itu bagi menilai sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa.
Jelas Zakaria, walaupun diarahkan bercuti serta-merta, beliau sedia memberi kerjasama untuk menyiasat syarikat perladangan itu termasuk ketika sebelum beliau menjadi CEO lagi.
“Saya sedia bekerjasama kepada SPRM. Saya tidak takut untuk berdepan situasi ini kerana yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mungkin banyak perkara yang boleh disiasat oleh SPRM.
“Dengan penglibatan SPRM sendiri, mungkin banyak persoalan boleh dirungkai dan diselesaikan,” katanya.
Zakaria dilantik sebagai CEO pada 1 April tahun lepas.
FGV memaklumkan kepada Bursa Malaysia yang Zakaria akan bercuti sementara menunggu hasil siasatan pelbagai urus niaga yang dijalankan oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd.
Selain daripada Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd Kamarzaman Karim, dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar juga diminta bercuti. #sumber


Thus Article Zakaria Ke SPRM Serah Dokumen, Bersedia Menjawab Semua Soalan

Itulah artikel Zakaria Ke SPRM Serah Dokumen, Bersedia Menjawab Semua Soalan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Zakaria Ke SPRM Serah Dokumen, Bersedia Menjawab Semua Soalan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/zakaria-ke-sprm-serah-dokumen-bersedia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zakaria Ke SPRM Serah Dokumen, Bersedia Menjawab Semua Soalan"

Catat Ulasan

Loading...