Loading...

Wudhuk Berlebihan Ketika Berpuasa

Loading...
Wudhuk Berlebihan Ketika Berpuasa - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Wudhuk Berlebihan Ketika Berpuasa, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Wudhuk Berlebihan Ketika Berpuasa
link : Wudhuk Berlebihan Ketika Berpuasa

Baca juga


Wudhuk Berlebihan Ketika Berpuasa


Soalan:

Salam

Ada satu kemusykilan, pohon penjelasan...

Saya ada terbaca satu hadis menyatakan bahawa nabi s.a.w menggalakkan berlebih-lebih dlm memasukkan air ke dlm hidung (semasa wudhu') kecuali semasa berpuasa (maaf,tak ingat matannya).

Soalannya, adakah hadis ini sahih? dan jika sahih, adakah ini bermaksud memasukkan air ke dlm hidung semasa wudhu' dlm keadaan berpuasa dilarang atau hanya dikurangkan(tak berlebihan)?

JAWAPAN:

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Hadith yang ada nyatakan itu sahih dimana Nabi saw bersabda :-

أَسْبِغْ الْوُضُوءَ وَخَلِّلْ بَيْنَ الأَصَابِعِ وَبَالِغْ فِي الاسْتِنْشَاقِ إِلا أَنْ تَكُونَ صَائِمًا

"Lakukan wudhu' secara sempurna, pastikan air sampai ke jari-jari tangan dan kaki, beria-ria memasukkan air kedalam hidung kecuali semasa anda berpuasa" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #788, Abu Daud #142].

Hadith diatasnya menerangkan bahawa semasa berpuasa, diwaktu melakukan wudhu', elakkan dari berlebihan semasa kumur-kumur dan memasukkan air kedalam hidung, kerana ia mungkin menyebabkan air masuk melalui tekak semasa berpuasa. Selama-mana air tersebut tidak memasuki tekak, maka perbuatan tersebut tidak dilarang.

Didalam sebuah hadith, Umar al-Khattab ra. berkata " Aku mencium (isteri ku) semasa aku berpuasa. Aku berkata kepada Rasulullah saw, Hari ini aku melakukan suatu kesalahan, Aku bercium sedangkan aku berpuasa. Baginda berkata :-

أَرَأَيْتَ لَوْ مَضْمَضْتَ مِنْ الْمَاءِ وَأَنْتَ صَائِمٌ قُلْتُ : لا بَأْسَ بِهِ قَالَ فَمَهْ

"Apa pendapat kamu mengenai berkumur-kumur dengan air, dan enta berpuasa? Aku (Umar ra.) menjawab : Tidak mengapa dengannya, baginda mengatakan : Maka apa salahnya?" [Hadith Riwayat Abu Daud #2037].

Maka hadith diatas ini tidak melarang melakukan istinsyaaq (memasukkan air kedalam hidung) semasa berpuasa, akan tetapi janganlah berlebihan sehingga air masuk ke tekak.

Akan tetapi, jika termasuk juga air hingga ke tekak, Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa ia tidak membatalkan puasa, dan puasanya masih sah, kerana dilakukan secara tidak sengaja [Sharh al-Munthi', 6/240. 246]. WA

Sekian, wassalam

Sumber: http://ift.tt/2qEEBCA

via Bin Usrah

✍ Sumber Pautan : ☕ Viral Semasa

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qNcT2u

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Wudhuk Berlebihan Ketika Berpuasa

Itulah artikel Wudhuk Berlebihan Ketika Berpuasa Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Wudhuk Berlebihan Ketika Berpuasa dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/wudhuk-berlebihan-ketika-berpuasa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wudhuk Berlebihan Ketika Berpuasa"

Catat Ulasan

Loading...