Loading...
Tajuk : Warga AS Teruja Kali Pertama Sambut Aidilfitri Di Malaysia
link : Warga AS Teruja Kali Pertama Sambut Aidilfitri Di Malaysia
Warga AS Teruja Kali Pertama Sambut Aidilfitri Di Malaysia
KUALA LUMPUR: Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri dan kebanyakan mereka mengambil kesempatan untuk membuat pelbagai persiapan di saat akhir termasuk membeli pakaian raya.
Tidak ketinggalan membuat persiapan tersebut adalah satu keluarga dari Amerika Syarikat (AS) yang akan menyambut perayaan itu buat pertama kalinya bersama sanak-saudara di Sarawak.
Roshia Johari, 39, berkata, keluarganya sangat teruja untuk menyambut Aidilfitri dan akan menggayakan pakaian tradisional Melayu di pagi Syawal nanti.
“Ibu saya merupakan warga AS manakala bapa pula berasal dari Sarawak. Setelah ibu bapa berpisah, saya dibesarkan dan tinggal bersama ibu di AS namun tetap mempunyai hubungan baik dengan bapa.
“Oleh kerana tidak pernah merasai suasana Aidilfitri, pada tahun ini kami membuat keputusan untuk menyambutnya di kediaman bapa di Sarawak,” katanya ketika ditemui Jalan Masjid India di sini hari ini.
Jelasnya, suami serta empat anak lelakinya membeli baju Melayu serta samping, manakala dia dan anak perempuan akan menggayakan baju kurung pada 1 Syawal nanti.
“Kami pernah makan masakan Melayu dan pastinya saya dan keluarga meminati rendang, nasi lemak serta roti canai,” katanya.
Sementara itu, suaminya, Richard Mc Ginnic, 39, berkata, dia tertarik dengan rekaan baju Melayu kerana baginya pakaian tersebut agak unik dan menggambarkan budaya Melayu.
“Penjual memaklumkan kini terdapat baju Melayu dalam rekaan lebih moden iaitu mengikut bentuk badan namun saya lebih meminati rekaan baju Melayu asal.
“Rekaan lama lebih rare, jauh lebih bergaya daripada rekaan moden. Saya teruja untuk menyambut Aidilfitri dan tidak sabar untuk menunjukkan baju Melayu kepada rakan-rakan di AS,” katanya.- Utusan Malaysia
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tzqpsr
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Warga AS Teruja Kali Pertama Sambut Aidilfitri Di Malaysia
Itulah artikel Warga AS Teruja Kali Pertama Sambut Aidilfitri Di Malaysia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Warga AS Teruja Kali Pertama Sambut Aidilfitri Di Malaysia dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/warga-as-teruja-kali-pertama-sambut.html
0 Response to "Warga AS Teruja Kali Pertama Sambut Aidilfitri Di Malaysia"
Catat Ulasan