Tajuk : Video: Lelaki Dibelasah Sebelum Diikat & Diseret
link : Video: Lelaki Dibelasah Sebelum Diikat & Diseret
Video: Lelaki Dibelasah Sebelum Diikat & Diseret
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala selepas dibelasah oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah hotel, di Taman Malari, Cheras, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, suspek berusia 40-an itu dipukul dengan playar dan batang besi sebelum diikat pada kereta dan cuba mengheretnya ke balai polis.
Insiden berkenaan dikatakan berpunca akibat suspek mencuri telefon bimbit seorang lelaki dan bertindak untuk melarikan diri, namun gagal setelah ditangkap orang ramai.
Menurut seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Eve, orang ramai yang menyaksikan kejadian terpaksa menghubungi polis bagi menghalang tindakan kumpulan lelaki itu yang dilihat begitu keterlaluan terhadap suspek.
Suspek curi telefon dibelasah dengan playar dan batang besi sebelum diikat dan diseret dengan kereta.Lokasi: Taman Maluri, Kuala Lumpur
Posted by Wowberita (Official) on 4hb Jun 2017
“Saya terdengar bunyi orang bergaduh di depan apartmen yang saya jangka ia sudah berlaku 30 minit awal sebelum saya mula merakam video ini.
“Beberapa orang di sekeliling saya kemudian menghubungi pihak polis yang datang ke lokasi kejadian 30 minit kemudian,” katanya memetik Stomp.
Tambah Eve, apabila orang ramai menjerit kearah kumpulan lelaki itu yang cuba mengheret mangsa dengan menggunakan kereta, kumpulan lelaki itu mengatakan yang suspek patut ‘mati’ atas kesalahan yang dilakukan.
Malah, mereka turut memnta agar orang ramai yang berada di situ agar tidak campur tangan.
“Mujur ada seorang lelaki yang berani menghalang dan menenangkan mereka sebelum polis tiba di lokasi kejadian,” tambahnya.
Sebaik saja polis tiba, saksi ternampak salah seorang lelaki menyembunyikan tali yang digunakan itu dan terus beredar meninggalkan tempat itu. -MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rrSumk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Video: Lelaki Dibelasah Sebelum Diikat & Diseret
Anda sedang baca artikel Video: Lelaki Dibelasah Sebelum Diikat & Diseret dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/video-lelaki-dibelasah-sebelum-diikat.html
0 Response to "Video: Lelaki Dibelasah Sebelum Diikat & Diseret"
Catat Ulasan