Loading...
Tajuk : Ular Dalam Mi Goreng
link : Ular Dalam Mi Goreng
Ular Dalam Mi Goreng
BEIJING: Sebuah restoran di wilayah berautonomi Guangxi Zhuang, selatan China, diarah ditutup selepas pelanggannya menemui ular di dalam mi goreng yang dibeli untuk dibawa pulang ke rumah, lapor media semalam.
Wanita itu yang juga pelajar Universiti Guangxi, dikenali sebagai Wang berkata, dia membeli satu hidangan mi goreng siput untuk makan tengah hari di bilik asramanya pada Jumaat lalu, lapor News.qq.com.
Bagaimanapun, selepas beberapa suap dia ternampak seekor ular kecil melingkar di atas sayur-sayuran di dalam mangkuknya.
“Saya terus hilang selera. Selepas mengambil beberapa gambar reptilia itu saya terus membuang sisa mi berkenaan,” katanya.
Menurutnya, dia tidak membuat aduan rasmi kepada restoran berkenaan, tetapi mengongsikan imej itu di akaun WeChat miliknya.
Gambar itu menjadi tular dan menarik perhatian pihak berkuasa makanan tempatan yang terus melancarkan siasatan.
Pemeriksaan di restoran itu mendapati premisnya amat kotor dan pemiliknya tidak dapat menunjukkan resit pembekalnya.
Sementara itu, pemilik restoran berkenaan menafikan hidangan dibeli Wang dari restorannya kerana tiada pelanggan lain membuat aduan.
Bagaimanapun, pihak berkuasa mengarahkan restoran itu ditutup untuk dibersihkan sepenuhnya.
Pemilik berkenaan bagaimanapun tidak didakwa kerana tiada bukti mengaitkannya dengan ular berkenaan. - Agensi
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tM6BBz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Ular Dalam Mi Goreng
Itulah artikel Ular Dalam Mi Goreng Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Ular Dalam Mi Goreng dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/ular-dalam-mi-goreng.html
0 Response to "Ular Dalam Mi Goreng"
Catat Ulasan