Loading...

Tular Video Dan Poster “Jerusalem's Jubilee” Di Melaka, Dipercayai Sambutan Besar-Besaran 50 Tahun Yahudi Tawan Baitulmaqdis

Loading...
Tular Video Dan Poster “Jerusalem's Jubilee” Di Melaka, Dipercayai Sambutan Besar-Besaran 50 Tahun Yahudi Tawan Baitulmaqdis - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tular Video Dan Poster “Jerusalem's Jubilee” Di Melaka, Dipercayai Sambutan Besar-Besaran 50 Tahun Yahudi Tawan Baitulmaqdis, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tular Video Dan Poster “Jerusalem's Jubilee” Di Melaka, Dipercayai Sambutan Besar-Besaran 50 Tahun Yahudi Tawan Baitulmaqdis
link : Tular Video Dan Poster “Jerusalem's Jubilee” Di Melaka, Dipercayai Sambutan Besar-Besaran 50 Tahun Yahudi Tawan Baitulmaqdis

Baca juga


Tular Video Dan Poster “Jerusalem's Jubilee” Di Melaka, Dipercayai Sambutan Besar-Besaran 50 Tahun Yahudi Tawan Baitulmaqdis


Sejak semalam tersebar sebuah video dan poster yang memaparkan bahawa satu sambutan “Jerusalem's Jubilee”  dipercayai sambutan besar-besaran kejayaan rejim Yahudi Israel menawan Baitulmaqdis 50 tahun lalu dan menyokong penubuhan negara Israel akan diadakan Melaka pada 15 Jun hingga 18 Jun ini, lapor Isma Web.

Menurut laporan berkenaan menyatakan majlis itu akan diadakan di Calvary Life Assembly Chinese (CLAC) dengan mendapat kerjasama Jerusalem House Of Prayer For All Nations (JHOPFAN) iaitu sebuah organisasi yang menyokong usaha Yahudi untuk menggali kawasan di bawah Masjidil Aqsa bagi membina kuil ke tiga Yahudi.

Golongan ini telah mendakwa King Solomon telah membina kuil pertama Yahudi sebelum dimusnahkan orang Babylonia dan kemudian ketua suku Judah, Zerubbabel, membina semula kuil itu yang jatuh ke tangan kuasa Rom.


Berdasarkan poster yang dimuat naik dalam laman web AMGGRC, dengan jelas terpampang perkataan ‘Jerusalem’s Jubilee’ dan dibawahnya adalah lambang menorah (kaki pelita yang mempunyai tujuh tiang lampu) yang menjadi simbol Yahudi sejak zaman purba serta lambang kebesaran Israel sekarang ini.

Menurut AMGGRC, 2017 adalah tahun yang bersamaan dengan tahun 5777 dalam kalendar Yahudi, adalah masa yang sangat penting, kerana ia adalah tahun jubli emas (50 tahun) pembentukan ASEAN dan penyatuan semula Jerusalem (Baitulmaqdis).


Berita berkenaan telah menimbulkan rasa resah dan marah dikalangan netizen di Malaysia di mana mereka rata-rata tidak menyokong sambutan berkenaan diadakan di Malaysia khususnya Melaka.

Bertindak dengan penyebaran berita ini, kerajaan Melaka telah tampil menyatakan mereka tidak menerima permohonan penganjuran “Jerusalem's Jubilee” yang dijadual diadakan di negeri ini pada 15 hingga 18 Jun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dengan tegas berkata, Melaka menolak sekeras-kerasnya rancangan untuk menjadikan negeri ini sebagai lokasi penganjuran sebuah perhimpunan yang dibimbangi boleh menggugat kestabilan dan keharmonian kaum di negara ini.

"Kita sedia maklum mengenai penyebaran mengenai Himpunan Jerusalem's Jubilee yang dilaporkan akan diadakan di Melaka.

"Untuk maklumat, kerajaan negeri tidak pernah menerima (permohonan), apatah lagi hendak meluluskan," katanya dipetik laporan Berita Harian.

- Siakapkeli.my

✍ Sumber Pautan : ☕ Islam Itu Indah

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sPLPjS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Tular Video Dan Poster “Jerusalem's Jubilee” Di Melaka, Dipercayai Sambutan Besar-Besaran 50 Tahun Yahudi Tawan Baitulmaqdis

Itulah artikel Tular Video Dan Poster “Jerusalem's Jubilee” Di Melaka, Dipercayai Sambutan Besar-Besaran 50 Tahun Yahudi Tawan Baitulmaqdis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tular Video Dan Poster “Jerusalem's Jubilee” Di Melaka, Dipercayai Sambutan Besar-Besaran 50 Tahun Yahudi Tawan Baitulmaqdis dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/tular-video-dan-poster-jerusalems_6.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tular Video Dan Poster “Jerusalem's Jubilee” Di Melaka, Dipercayai Sambutan Besar-Besaran 50 Tahun Yahudi Tawan Baitulmaqdis"

Catat Ulasan

Loading...