Loading...
Tajuk : Tuding jari tidak selesai masalah – FAM
link : Tuding jari tidak selesai masalah – FAM
Tuding jari tidak selesai masalah – FAM
ARKIB : 27/07/2006
KUANTAN – Menuding jari mencari kesalahan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan menyelesaikan masalah mutu bola sepak negara merosot, kata timbalan presidennya Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Sambil melahirkan rasa kecewanya dengan kedudukan pasukan negara di ranking dunia ke-146, beliau berkata, seluruh rakyat perlu memberi pandangan dan kritikan bernas bagi membolehkan FAM melahirkan pasukan berkualiti dan mampu meningkatkan kedudukannya ke taraf dunia.
“Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak yang mengkritik FAM sebelum ini tetapi mereka perlu memahami tugas FAM dalam memilih pemain terbaik di peringkat akar umbi.
Kualiti
“Tapi kalau di peringkat akar umbi tidak mempunyai kualiti, bagaimana FAM boleh melahirkan pasukan yang berkualiti?” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.
Tengku Abdullah berkata, FAM telah memperkenalkan pelbagai program dalam usaha mencungkil bakat pemain pada usia muda secara berperingkat melalui persatuan bola sepak negeri, kelab, daerah dan juga pertandingan liga.
Beliau berkata, FAM akan mengadakan rundingan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi memperkemaskan program pembangunan bola sepak bermula daripada peringkat akar umbi.
– Bernama
SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2tnMlJM
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article Tuding jari tidak selesai masalah – FAM
Itulah artikel Tuding jari tidak selesai masalah – FAM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Tuding jari tidak selesai masalah – FAM dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/tuding-jari-tidak-selesai-masalah-fam.html
0 Response to "Tuding jari tidak selesai masalah – FAM"
Catat Ulasan