Loading...

Tok Gajah tarik nafas lega

Loading...
Tok Gajah tarik nafas lega - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tok Gajah tarik nafas lega, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tok Gajah tarik nafas lega
link : Tok Gajah tarik nafas lega

Baca juga


Tok Gajah tarik nafas lega



ARKIB : 09/01/2006
PETALING JAYA - Kisah duka Pahang dikecam hebat gara-gara tewas empat perlawanan berturut-turut terlerai sudah apabila memahat kemenangan pertama menewaskan MPPJ 2-0 di Stadium Petaling Jaya, kelmarin.

Dua gol menerusi Bernard Tchoutang dan Indra Putra Mahayuddin sudah cukup melegakan buat Pahang menghakis segala kecaman dan mengembalikan semula keyakinan untuk bangkit memberi saingan.

Sejurus pengadil perlawanan, P. Sundrasingram meniup wisel penamat, semua pemain Pahang mengukir wajah gembira dan paling ceria adalah jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan.

Kemenangan yang amat bermakna buat Pahang menamatkan penantian tanpa mengutip sebarang mata dan paling penting semangat pemain sudah pulih semula.

``Kemenangan ini adalah permulaan yang baik buat Pahang dengan corak dan semangat juang yang ditunjukkan dengan MPPJ, saya yakin keadaan ini akan berterusan selepas ini,'' ujarnya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Beliau mengakui aksi tempoh 90 minit yang ditunjukkan oleh kesebelasan utama jauh lebih bertenaga jika dibandingkan dengan empat perlawanan yang melihat skuad Tok Gajah rebah di gelanggang sendiri dan di tempat lawan.

Menurut beliau, kejayaan ke atas MPPJ itu telah mengembalikan semula semangat dan keyakinan pemain untuk mempertahankan prestasi itu mengharungi saingan liga seterusnya.

``Boleh dikatakan di semua posisi sama ada di bahagian pertahanan, tengah dan serangan, mereka telah menunjukkan satu corak permainan yang cukup menyakinkan.

``Saya lihat komitmen dan kesungguhan tinggi yang ditunjukkan pemain tidak seperti perlawanan sebelum ini,'' ujarnya.

Jika corak permainan itu dikekalkan oleh pemain Zainal Abidin yakin skuad Pahang mampu bersaing dengan pasukan lain dan memperbaiki kedudukan di tangga terbawah liga.

Pahang mengejutkan MPPJ seawal minit kedua menerusi tandukan kencang penyerang import, Tchoutang selepas menyambut baik sepakan sudut.

Indra pula menambah gol kedua dengan sepakan mudah selepas bola sepakan kencang Tchoutang mengenai tiang gol MPPJ pada minit ke-52.

Pahang masih kekal di tangga terbawah liga dengan memungut tiga mata daripada lima perlawanan.

Sebelum ini skuad Tok Gajah tewas kepada Negeri Sembilan (0-1), Selangor (1-3), Perak (0-2) dan Melaka Telekom (1-2).

Skuad itu masih mempunyai baki satu perlawanan bertemu dengan Perlis yang ditunda akibat hujan lebat 24 Januari lalu.

Zainal Abidin menambah, kemenangan itu akan menjadi bekalan terbaik apa lagi untuk mengembalikan semula keyakinan peminat terhadap Pahang.

Selepas ini Pahang akan menanti kunjungan Pulau Pinang E&O di gelanggang sendiri untuk menamatkan saingan pusingan pertama.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2t5EL2N
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Tok Gajah tarik nafas lega

Itulah artikel Tok Gajah tarik nafas lega Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tok Gajah tarik nafas lega dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/tok-gajah-tarik-nafas-lega.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tok Gajah tarik nafas lega"

Catat Ulasan

Loading...