Loading...

Titus digugur daripada Bawah 23

Loading...
Titus digugur daripada Bawah 23 - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Titus digugur daripada Bawah 23, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Titus digugur daripada Bawah 23
link : Titus digugur daripada Bawah 23

Baca juga


Titus digugur daripada Bawah 23



ARKIB : 26/07/2005
TITUS JAMES PALANI.

KUALA LUMPUR - Pemain remaja yang berpangkalan di Perancis, Titus James Palani merupakan antara lapan pemain yang digugurkan dalam saringan awal daripada barisan pelatih skuad Bawah 23 Tahun negara bagi menghadapi Sukan SEA, November ini.

Titus, 18, pemain sebuah kelab liga bawah 18 tahun Perancis, Villenoy FC, menerima nasib itu bersama-sama Azmizi Azmi, Armanzairi Johan, S. Sritharan, M. Sivakumar, V. Santhanadass, Mohd. Fariz Mahayuddin dan Azlan Ismail.

Ketua jurulatih, Bertalan Bisckei berkata, pengguguran Titus bukan bererti prestasi beliau tidak bagus tetapi kerana usianya yang dianggap masih terlalu muda untuk mengharungi persaingan peringkat umur yang lebih tinggi.

``Dia berkemahiran dan berbakat tetapi usianya terlalu muda. Dia bagus jika bermain dalam peringkat sebayanya, mungkin sesuai dalam skuad Bawah 20 Tahun (bimbingan K. Rajagopal),'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Menurut Bisckei, hanya lapan pemain yang perlu digugurkan buat masa ini biarpun beliau menyebut 10 orang selepas anak buahnya menewaskan Kuala Lumpur 1-0 dalam perlawanan persahabatan kedua, Sabtu lalu.

``Dua daripadanya ialah penjaga gol tetapi saya perlu mengekalkan kesemua pemain posisi itu untuk diberikan peluang dan diuji lagi dalam dua perlawanan persahabatan dengan Telekom Melaka (esok) dan Negeri Sembilan (Sabtu ini),'' katanya.

Jurulatih kelahiran Hungary itu berkata, Negeri Sembilan yang kalah dalam penentuan juara Liga Perdana, Sabtu lalu, dipilih sebagai lawan terbaru bagi menggantikan Perak yang tidak dapat memenuhi permintaan untuk hadir dalam perlawanan di Wisma FAM, Kelana Jaya itu.

Aksi anak buahnya dengan Telekom Melaka dan Negeri Sembilan akan menjadi saringan kedua Bisckei dalam mencari 22 pemain terbaik bagi menyertai kunjungan ke Poland selama dua minggu mulai awal bulan depan.

``Hanya satu perlawanan menentang skuad Bawah 21 Tahun Poland sudah disahkan dalam kunjungan itu. Kami masih mengenal pasti tiga lagi lawan yang mungkin dari kalangan kelab Bahagian Dua dan Tiga di sana,'' katanya.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2rtdKsA
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Titus digugur daripada Bawah 23

Itulah artikel Titus digugur daripada Bawah 23 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Titus digugur daripada Bawah 23 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/titus-digugur-daripada-bawah-23.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Titus digugur daripada Bawah 23"

Catat Ulasan

Loading...