Loading...

Tindakan Terbaik

Loading...
Tindakan Terbaik - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tindakan Terbaik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tindakan Terbaik
link : Tindakan Terbaik

Baca juga


Tindakan Terbaik



Faktor skala ekonomi yang tidak dapat dilaksanakan syarikat kereta nasional, Proton Holdings Berhad bagi jangka masa yang lama kini dapat dicapai melalui pemeteraian perjanjian kerjasama strategik, baru-baru ini dengan Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd (Geely Holding) berpangkalan di China. 

Pengarah Institut Penyelidikan Perbankan dan Kewangan Asia, Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Irwan Shah Zainal Abidin berkata, dengan perjanjian itu, rakyat juga boleh menjangka penurunan harga kereta secara berperingkat pada masa akan datang selaras matlamat utama Dasar Automotif Nasional (NAP).

“Saya melihat kerjasama itu sebagai peluang besar bagi Geely melalui Proton untuk mengakses pasaran ASEAN yang mempunyai 600 juta penduduk. Bagi Proton, ia adalah peluang untuk menembusi pasaran China yang luas,” katanya.

Beliau berkata, transformasi Volvo dalam tempoh kurang lima tahun selepas diambil alih pengeluar kereta China itu juga akan dilaksanakan di Proton berikutan Geely adalah entiti yang dipacu pasaran. Rekod prestasi syarikat itu menunjukkan ia memulihkan beberapa pengeluar kereta yang bermasalah. 

Melalui pembelian 49.9 peratus pegangan dalam Proton, pengasasnya Li Shufu pasti yakin untuk
meletakkan syarikat Malaysia itu kembali di landasan yang betul.

“Li Shufu ialah usahawan yang bukan saja akan membeli sesuatu atas dasar pengambilalihan. Beliau sudah mengkaji risiko dan daya maju untuk jangka masa panjang dan pendek dan dengan kapasiti pengeluaran Proton sebanyak 400,000 kereta yang kini kurang dimanfaatkan.

“Geely baru saja membuka kilang di London Taxi khusus untuk mengusahakan model kereta elektrik dan hibrid dan ini akan memberi impak positif kepada pengeluaran di Proton pada masa depan,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, syarikat induk Proton Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Geely akan menyuntik platform kenderaan utiliti sukan (SUV) kepada Proton dan menawarkan SUV yang paling laris. 

“Langkah ini akan membolehkan Proton memasuki segmen baru yang berkembang pesat sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rAgNgF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Tindakan Terbaik

Itulah artikel Tindakan Terbaik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tindakan Terbaik dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/tindakan-terbaik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tindakan Terbaik"

Catat Ulasan

Loading...