Loading...

Tindakan bakar Harumanis tidak wajar - Jabatan Pertanian Perlis

Loading...
Tindakan bakar Harumanis tidak wajar - Jabatan Pertanian Perlis - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tindakan bakar Harumanis tidak wajar - Jabatan Pertanian Perlis, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tindakan bakar Harumanis tidak wajar - Jabatan Pertanian Perlis
link : Tindakan bakar Harumanis tidak wajar - Jabatan Pertanian Perlis

Baca juga


Tindakan bakar Harumanis tidak wajar - Jabatan Pertanian Perlis

KANGAR: Jabatan Pertanian Negeri Perlis kesal dengan tindakan seorang pengusaha mangga Harumanis di negeri ini yang membakar sejumlah besar buah berkenaan kerana dikatakan telah rosak kesan lambakan akibat kurang permintaan.

Pengarahnya, Zulkifli Amin Mat Jusoh berkata tindakan tersebut amat tidak wajar memandangkan banyak alternatif bagi mengatasi lambakan buah harumanis seperti diproses menjadi jus atau minuman kordial.

"Dek kerana permintaan kurang dan berlaku lambakan pengeluaran, orang Perlis terpaksa bakar Harumanis?...Itu salah sama sekali.

"Mujurlah hanya seorang pengusaha bertindak sedemikian.

"Memang diakui pada musim kali ini, permintaan sedikit merosot.

"(Kebetulan) harumanis mencapai kemuncak pengeluarannya pada bulan puasa, jadi keghairahan untuk membeli dan memakan buah itu tidak seberapa," kata Zulkifli Amin ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan muka depan sebuah akhbar hari ini yang bertajuk ''Petani Perlis Bakar Harumanis, Harga Jatuh Mendadak'' ekoran lambakan pengeluaran.

Zulkifli Amin berkata pengeluaran Harumanis yang begitu banyak pada musim ini adalah rezeki dan rahmat besar yang dikurniakan di negeri ini yang tidak wajar disia-siakan begitu sahaja.

Pihak Jabatan Pertanian juga tidak melihat lambakan mangga itu sebagai satu masalah, malah berterusan membantu para petani komersial untuk memasarkan hasil mereka ke seluruh negara melalui pelbagai cara serta kerjasama dengan jabatan berkaitan yang lain, katanya.

"Bagi buah yang sudah terlalu masak, atau kualitinya terlalu rendah ia akan dijual kepada pengusaha yang menjalankan industri hiliran berasakan harumanis seperti membuat aiskrim dan kordial minuman, bukannya dibazirkan dengan dibakar atau dibuang," jelasnya.

Mengulas lanjut Zulkifli Amin berkata selain pengeluran luar biasa tahun ini, imej harumanis itu sendiri telah dicemari oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan menjual buah yang tidak berkualiti dan belum cukup matang demi mengaut keuntungan semata-mata.

Ada segelintir individu yang menanam harumanis enggan menjaga pokok itu secara serius termasuk tidak melakukan proses membalut buah dengan kaedah yang betul sedangkan cara itu amat mempengaruhi kualiti buah.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sUeFk8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Tindakan bakar Harumanis tidak wajar - Jabatan Pertanian Perlis

Itulah artikel Tindakan bakar Harumanis tidak wajar - Jabatan Pertanian Perlis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tindakan bakar Harumanis tidak wajar - Jabatan Pertanian Perlis dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/tindakan-bakar-harumanis-tidak-wajar_12.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tindakan bakar Harumanis tidak wajar - Jabatan Pertanian Perlis"

Catat Ulasan

Loading...