Loading...
Tajuk : Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden di Makkah
link : Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden di Makkah
Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden di Makkah
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian pengebom nekad meletupkan diri berhampiran Masjidil Haram ketika ribuan jemaah berkumpul menunaikan solat Jumaat terakhir Ramadan tahun ini.
Pengesahan itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, ketika dihubungi BH Online, sebentar tadi.
Beliau berkata, ia berlaku kira-kira 1.5 kilometer dari Masjidil Haram dan semua jemaah Malaysia disahkan selamat.
"Orang ramai khususnya keluarga jemaah negara ini diharap tidak bimbang kerana keadaan terkawal dan perkembangan lanjut dimaklumkan dari semasa ke semasa.
"Wakil Tabung Haji sudah meninjau lokasi kejadian dan mendapat laporan awal pihak berkuasa serta mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tahap keselamatan rakyat Malaysia terjamin.
"Pihak berkuasa Arab turut meningkatkan kawalan keselamatan khususnya di kawasan tumpuan orang ramai.
"Jangan buat andaian bukan-bukan berhubung kejadian itu," katanya.
Kejadian itu menyebabkan 11 orang termasuk enam jemaah umrah asing cedera.
AFP memetik jurucakap kementerian, Jeneral Mansour al-Turki, yang memberitahu televisyen Saudi, polis menggagalkan rancangan lelaki itu yang cuba menjadikan Masjidil Haram, jemaah umrah dan mereka yang beribadat sebagai sasaran.
Dalam serbuan waktu subuh di Makkah dan bandar Laut Merah, pegawai Jeddah menahan lima suspek, termasuk seorang wanita, sebelum mengepung pengebom di sekitar Masjidil Haram.
Thus Article Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden di Makkah
Itulah artikel Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden di Makkah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden di Makkah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/tiada-rakyat-malaysia-terbabit-insiden_25.html
0 Response to "Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden di Makkah"
Catat Ulasan