Loading...

Thailand sita aset jutaan baht milik warga Malaysia bergelar "Mr T"

Loading...
Thailand sita aset jutaan baht milik warga Malaysia bergelar "Mr T" - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Thailand sita aset jutaan baht milik warga Malaysia bergelar "Mr T", Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Thailand sita aset jutaan baht milik warga Malaysia bergelar "Mr T"
link : Thailand sita aset jutaan baht milik warga Malaysia bergelar "Mr T"

Baca juga


Thailand sita aset jutaan baht milik warga Malaysia bergelar "Mr T"

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand telah menyita pelbagai aset bernilai berjuta-juta Baht milik rakyat Malaysia digelar "Mr T" atau the "Malaysian Iceman" yang menjadi dalang utama bagi sindiket dadah antarabangsa.

Menurut satu sumber, pihak berkuasa bukan sahaja bertindak menyita aset-aset milik "Mr T''" tetapi juga merampas aset atas nama isterinya warga Thai dan anak lelakinya.

"Aset-aset yang dikuasai oleh Mr T, isteri dan anak lelakinya) bernilai berjuta-juta Baht dengan kebanyakan aset terletak di Hatyai dan wilayah lain di selatan Thailand," kata beliau kepada Bernama baru-baru ini mengena lelaki rakyat Malaysia yang dikehendaki oleh pihak berkuasa penguatkuasaan dadah Thailand sebelum dia ditangkap baru-baru ini.

Pihak berkuasa Thailand mengesyaki "Mr T" bertindak sebagai orang tengah utama bagi kegiatan haram itu dan mendalangi penyeludupan ratusan kilogram dadah ke Malaysia untuk disekport semula ke negara-negara lain kemudian.

Lelaki yang berasal dari Johor itu ditahan di Lapangan Terbang Hatyai April lepas susulan pemantauan ketat dilakukan selepas lawatan ke utara Thailand, yang pihak berkuasa percaya ialah untuk berunding mengenai satu lagi konsainan dadah bagi sindiket antarabangsa.

Pihak berkuaasa Thailand berkata, dua lelaki rakyat Malaysia yang ditahan di Sadao pada Mac tahun lepas bersama 282 kg "Ice" memberitahu mereka semasa soal siasat bahawa dadah yang mereka bawa milik "Mr T".

Kedua-dua keldai dadah rakyat Malaysia itu juga mendakwa bahawa "Mr T" mendalangi beberapa percubaan lain bagi penyeludupan dadah ke Malaysia, masing-masing dalam konsaimen lebih 100 kg.

Sementara itu, menurut satu sumber, aset-aset yang disita atas nama "Mr T''" termasuk wang tunai dalam pelbagai mata wang meliputi Baht Thai, Ringgit Malaysia, Dolar Hong Kong, Won Korea, Rupiah Indonesia, Swiss Franc dan US Dolar.

Pihak berkuasa juga merampas beberapa akaun bank tempatan yang dipegang oleh lelaki rakyat Malaysia itu, yang sekarang direman di penjara di sementara pihak berkuasa menjalankan siasatan mengenai jenayah didakwa dilakukannya.

Di bawah undang-undang Thailand, seseorang suspek boleh ditahan reman sehingga maksimum 84 hari.

Menurut sumber itu, antara aset atas nama "Mr T''", isteri dan anaknya yang disita termasuk kereta dan motosikal, deposit dalam bank-bank tempatan, bon loteri, unit kondominium, lot tanah dan surat hak milik.

Beliau tidak memberitahu dengan tepat jumlah aset yang disita daripada lelaki rakyat malaysia itu, isteri dan anaknya kerana siasatan masih dijalankan.

Sumber itu berkata "Mr T" menafikan semua dakwaan terhadapnya semasa siasatan tetapi pihak berkuasa yakin mengenai kes mereka terhadapnya kerana suspek telah lama berada di bawah pengawasan mereka.

Siasatan mengenai "Mr T masih dijalankan dan lebih ramai suspek dijangka ditahan.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sDCEX9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Thailand sita aset jutaan baht milik warga Malaysia bergelar "Mr T"

Itulah artikel Thailand sita aset jutaan baht milik warga Malaysia bergelar "Mr T" Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Thailand sita aset jutaan baht milik warga Malaysia bergelar "Mr T" dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/thailand-sita-aset-jutaan-baht-milik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Thailand sita aset jutaan baht milik warga Malaysia bergelar "Mr T""

Catat Ulasan

Loading...