Tajuk : Thai AirAsia X terima pengesahan semula keselamatan ICAO
link : Thai AirAsia X terima pengesahan semula keselamatan ICAO
Thai AirAsia X terima pengesahan semula keselamatan ICAO
Ia beserta satu lagi syarikat penerbangan NokScoot, menerima Sijil Pengendali Udara (AOC) berkenaan dalam satu majlis yang dihadiri oleh Menteri Pengangkutan Arkom Termpittayapaisith dan Ketua Pengarah CAAT Chula Sukmanop.
Menurut Sukmanop, Thai AirAsia X dan NokScoot merupakan syarikat penerbangan keempat dan kelima menerima AOC semula dan mencatat detik bermakna kerana kedua-duanya mengendalikan penerbangan antarabangsa."NokScoot dan Thai AirAsia X mewakili industri penerbangan Thailand di peringkat global yang serba kompetitif. Sehubungan itu, kita berharap kemampuan mereka memperoleh sijil itu dapat meningkatkan keyakinan kedua-dua syarikat itu serta penumpang warga asing," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Setakat ini, CAAT telah menganugerahkan AOC kepada lima syarikat berdaftar di Thailand, merangkumi kira-kira 77 peratus laluan antarabangsa yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan terbabit.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Thai AirAsia X, Nadda Buranasiri menyifatkan kejayaan mendapat AOC itu sebagai paparan tahap standard syarikat penerbangan itu khususnya kepentingan keselamatan yang menjadi teras perkhidmatannya.
"Kakitangan kami di semua jabatan telah mematuhi standard amalan keselamatan tertinggi sejak memulakan operasi komersial pada 2014," katanya. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2seTM5j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Thai AirAsia X terima pengesahan semula keselamatan ICAO
Anda sedang baca artikel Thai AirAsia X terima pengesahan semula keselamatan ICAO dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/thai-airasia-x-terima-pengesahan-semula.html
0 Response to "Thai AirAsia X terima pengesahan semula keselamatan ICAO"
Catat Ulasan