Loading...
Tajuk : Tewas tapi Rajagopal tetap optimis
link : Tewas tapi Rajagopal tetap optimis
Tewas tapi Rajagopal tetap optimis
ARKIB : 12/04/2006
PETALING JAYA - Skuad bola sepak bawah 20 tahun negara tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan (NS) Naza pada perlawanan persahabatan di Wisma FAM semalam tetapi jurulatih, K. Rajagopal tetap optimis dengan kemampuan pasukan bimbingannya itu.
Katanya, kekalahan kepada pendahulu Liga Super itu perlu diterima dengan hati terbuka kerana mereka merupakan pasukan lebih matang dan berpengalaman.
``Kami memang memerlukan pasukan kuat seperti ini untuk memberi ujian terbaik kepada anak-anak buah saya mengesan kelemahan sendiri.
``Ia penting dalam kita melakukan persiapan menghadapi pertandingan lebih besar di masa akan datang,'' kata Rajagopal.
Pada perlawanan semalam, pasukan bawah 20 tahun negara ketinggalan 1-0 seawal minit pertama lagi apabila NS Naza membuka jaringan menerusi pemain import baru mereka, Buston Nagbe Browne.
Bagaimanapun ketika skuad bimbingan Rajagopal mula mendapat rentak, NS Naza menggandakan jaringan menerusi Nizaruddin Yusof pada minit ke-54.
Tetapi empat minit selepas itu, Mohd. Zaquan Adha merapatkan jurang perbezaan jaringan kepada 2-1.
Namun itu belum cukup untuk menyekat NS Naza daripada memperoleh gol ketiga mereka menerusi Buston sekali lagi pada minit ke-79.
Skuad Rajagopal yang kehilangan khidmat dua tonggak di bahagian tengah, Safiq Rahim dan Mohd. Bunyamin Umar kerana menjalani pembedahan bulan lalu akan berdepan kelab Balestier Khalsa dalam Piala Singapura, Sabtu ini.
Sehingga ini, Rajagopal yakin dua pemain terbabit sempat pulih menjelang Kejohanan Remaja AFC di Kolkata, India pada Oktober nanti.
Undian kejohanan itu akan berlangsung di Kolkata juga pada Sabtu ini
SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2s5FIMm
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article Tewas tapi Rajagopal tetap optimis
Itulah artikel Tewas tapi Rajagopal tetap optimis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Tewas tapi Rajagopal tetap optimis dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/tewas-tapi-rajagopal-tetap-optimis.html
0 Response to "Tewas tapi Rajagopal tetap optimis"
Catat Ulasan