Tajuk : Tergamak ambil kesempatan
link : Tergamak ambil kesempatan
Tergamak ambil kesempatan
SEORANG ibu kesal apabila gambar anaknya yang terlantar di rumah dengan sebahagian kepala tidak mempunyai tempurung akibat kemalangan Februari lalu dimuat naik di Facebook (FB) oleh pihak tidak bertanggungjawab bertujuan mengutip sumbangan dengan menggunakan nombor akaun bank pihak lain.
Siti Hapisah Ismail, 39, dari Taman Mutiara, Sungai Kob, Kulim, berkata, dia menyedari paparan di FB yang menggunakan akaun Nurul Nadia dan Helmi Ahmad memuat naik gambar anak sulungnya, Muhamad Syazwan Hamidon, 17, yang kini terlantar di rumah akibat kemalangan motosikal di Jalan Tunku Putra berhampiran Taman Tunku Putra, hari ini.
Katanya, apa yang dikesalkan pemilik akaun terbabit memuat naik gambar anaknya dengan memaklumkan memerlukan bantuan segera bagi pembedahan tempurung kepalanya serta perbelanjaan lain berjumlah RM450,000 yang dilihat sangat tinggi dengan memberi nombor akaun bank milik orang lain tidak dikenalinya.
"Saya menyedari kejadian ini kira-kira 6 pagi tadi selepas seorang rakan menghubungi saya lalu memaklumkan mengenai kisah anak tular di FB.
"Terkejut dengan maklumat itu saya membuka FB terbabit lalu ternampak satu akaun milik seorang wanita yang kononnya memerlukan bantuan segera bagi pembedahan tempurung kepala serta perbelanjaan lain dengan jumlah yang banyak selain akaun bank bukan milik saya," katanya.
Suaminya, Hamidon Hashim, 42, sudah membuat laporan di Balai Polis Sungai Kob hari ini kerana tidak mahu orang ramai terpedaya.
Siti Hapisah berkata, mereka berharap orang ramai tidak terpedaya dengan status FB terbabit dan jika ingin mendapatkan maklumat boleh menghubunginya di talian 01112450018.
Harian Metro 26 April lalu pernah menyiarkan kisah Siti Hapsiah yang sentiasa menjaga anaknya serta mengharap suatu hari nanti Muhamad Syazwan akan pulih kembali.
Dalam kemalangan terbabit, Muhamad Syazwan yang menunggang motosikal dalam perjalanan ke Kolej Vokasional, bergesel dengan motosikal lain lalu terjatuh.
Akibat kemalangan itu, dia parah di kepala dan muka serta dimasukkan ke Hospital Kulim sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sRApfn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Tergamak ambil kesempatan
Anda sedang baca artikel Tergamak ambil kesempatan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/tergamak-ambil-kesempatan.html
0 Response to "Tergamak ambil kesempatan"
Catat Ulasan