Loading...

Terbuka Indonesia : Chong Wei Tewas Mengejut

Loading...
Terbuka Indonesia : Chong Wei Tewas Mengejut - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Terbuka Indonesia : Chong Wei Tewas Mengejut, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Terbuka Indonesia : Chong Wei Tewas Mengejut
link : Terbuka Indonesia : Chong Wei Tewas Mengejut

Baca juga


Terbuka Indonesia : Chong Wei Tewas Mengejut

Tareeq

Terbuka Indonesia

JAGUH badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tewas mengejut seawal pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2017 di Jakarta semalam.

Chong Wei yang juga pemain pilihan pertama kejohanan tunduk kepada wakil India, H.S. Prannoy menerusi straight set 21-10, 21-18 dalam tempoh 40 minit, sekali gus menyaksikan impiannya untuk mempertahankan gelaran yang diraih pada tahun lalu musnah.

Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC), Chong Wei yang juga pemain No. 3 dunia dilihat kurang bertenaga untuk menjinakkan corak permainan pantas Prannoy sehingga menyebabkannya ketinggalan jauh pada set pertama perlawanan.

Jurulatih perseorangan negara, Hendrawan berkata, Chong Wei beraksi dengan perlahan sehingga memberi peluang kepada pemain No. 25 dunia itu mendominasi set pertama dan kedua dengan mudah.

“Kita harus akui Prannoy bermain dengan cemerlang hari ini (semalam). Chong Wei pula beraksi perlahan sehingga menyebabkan pihak lawan mudah mengawal aksi dalam gelanggang,

“Apabila kelajuan dan corak permainan tidak ada, maka kesempatan untuk melancarkan serangan itu menjadi minimum. Prannoy pula dilihat agresif untuk melancarkan serangan bertali arus,” katanya.

Sebagai rekod, perlawanan yang berlangsung itu adalah pertembungan kali ketiga buat kedua-dua pemain. Sebelum ini Chong Wei tidak berdepan masalah untuk menumbangkan Prannoy masing-masing pada Kejohanan Terbuka Denmark 2016 dan Terbuka India 2013.

Tahun lalu, Chong Wei menjadi pemain ketiga dan pertama bukan dari Indonesia yang dinobatkan sebagai juara sebanyak enam kali pada saingan Terbuka Indonesia selepas terdahulu dia muncul juara pada 2007, 2009, 2010, 2011, 2013 dan 2016.

Berita tentang kemenangan Prannoy ke atas Chong Wei menjadi topik hangat di media dalam talian di India seperti News World India dan The Indian Express.

Selain Chong Wei, dua bintang China iaitu Chen Long dan Lin Dan turut beraksi pada kejohanan ini



Thus Article Terbuka Indonesia : Chong Wei Tewas Mengejut

Itulah artikel Terbuka Indonesia : Chong Wei Tewas Mengejut Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Terbuka Indonesia : Chong Wei Tewas Mengejut dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/terbuka-indonesia-chong-wei-tewas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Terbuka Indonesia : Chong Wei Tewas Mengejut"

Catat Ulasan

Loading...