Tajuk : Terbawa-bawa gaya Anuar
link : Terbawa-bawa gaya Anuar
Terbawa-bawa gaya Anuar
Penyanyi yang mula popular di Malaysia dengan lagu Sayang Sayang, Aliff Aziz, 26, mula terbabit dengan dunia seni sejak 2007 selepas menjuarai pertandingan Anugerah 2007 di negara asalnya.
Penyanyi kelahiran Singapura pada 16 Februari 1991 itu kini bertapak di sini, ditambah pula bertemu jodoh dengan Bella Astillah dan kini menantikan kelahiran anak sulung.
Memiliki tiga album, Aliff (2007), It’s Aliff’s Time (2010) dan Aliff Aziz (2012), Alif juga mempunyai penyanyi diminati.
Katanya, dia meminati suara dan ‘attitude’ Taufik Batisah dan Anuar Zain. Kejayaan dua penghibur itu memberi inspirasi kepadanya.
Aliff yang juga abang penyanyi Aishah Aziz akui, suatu ketika dulu dia terbawa-bawa cara nyanyian Anuar Zain. Ada kalanya dia juga tanpa sedar cuba meniru suaranya.
“Saya sedar itu bukanlah perkara yang baik. Walaupun meminati Anuar Zain, saya mahu jadi Aliff Aziz dan bukannya dikenali sebagai penyanyi yang boleh meniru suara orang lain.
“Syukur saya berjaya keluar daripada situasi itu. Saya berjaya melangkah dengan suara sebenar. Tidak mudah mencari identiti sendiri,” katanya.
Bagi Aliff, walaupun kedua-dua penyanyi yang disebutnya sudah berjaya dalam arena seni suara, dia bangga kerana mereka tidak ada kontroversi yang menjejaskan nama mereka.
“Sama ada Anuar mahupun Taufik, kedua-duanya bijak menjaga nama baik. Mereka tidak hanya memiliki suara emas, juga sikap yang membuatkan mereka disenangi ramai pihak.
“Sikap mereka itulah yang menjadikan mereka sehingga ke hari ini disayangi peminat. Walaupun jarang muncul dengan lagu baru, setiap kali menghasilkan karya baru, ia pasti mendapat sambutan.
“Mana-mana penyanyi pun ingin berjaya seperti mereka. Taufik dan Anuar memberikan saya inspirasi untuk terus berusaha walau apa pun terjadi. Untuk berada di tahap sama dengan mereka memerlukan pengorbanan dan usaha besar,” katanya.
Apapun, sebelum berjaya menjadi penyanyi dikenali, Aliff meletakkan ibu bapanya sebagai idola dalam hidupnya.
Katanya, kalau mahu diangkat sebagai idola, tiada yang mampu sampai ke tahap itu selain ibu bapanya.
“Sebelum menceburi bidang nyanyian dan lakonan, merekalah insan yang banyak memberikan semangat dan galakan kepada saya untuk menceburi nyanyian. Merekalah yang menjadi pemangkin kejayaan dalam meniti cabaran sebagai penyanyi dan pelakon.
“Apabila saya menunjukkan minat dalam bidang nyanyian, mereka memberikan sokongan dan sering menemani saya menyertai pertandingan nyanyian di Singapura.
“Mereka berdualah yang banyak bersusah payah untuk saya. Melihat saya meminati seni suara, tidak ada bantahan, malah mereka sentiasa menyokong dan membantu saya untuk mencari peluang,” katanya.
Apabila ada pertandingan menyanyi, ibu dan bapanya akan memberi galakan supaya dia mencuba nasib. Bagi mereka, ia adalah landasan yang baik untuk mencari pengalaman dan membiasakan diri dengan pentas.
Ketika itu usianya baru 16 tahun dan dia berani menyertai pertandingan nyanyian popular, Anugerah 2007 tetapi laluannya tidak mudah apabila tersingkir awal.
Bagaimanapun, Aliff tetap meneruskan perjalanannya apabila berjaya dalam pusingan wildcard dan diberi peluang kedua. Aliff berlatih dengan lebih gigih dan berharap tidak mengecewakan peminat dan bersaing dengan peserta hebat pada pusingan akhir hingga bergelar juara.
Bukan sekadar galakan, malah ibu bapanya adalah insan yang benar-benar memahami dirinya dan sentiasa menyokong dalam susah dan senang.
Katanya, umum sedia maklum mengenai jatuh bangunnya sebagai artis dan dia pernah terpalit dengan pelbagai cerita negatif.
“Semua orang tahu cerita mengenai saya dan ia bukanlah sesuatu yang membanggakan sama ada untuk diri sendiri apatah lagi keluarga. Setiap perkara yang terjadi, keluarga terutamanya orang tua akan terpalit sama.
“Ketika zaman kegelapan saya, tidak ada orang lain yang datang memberikan kata-kata semangat. Hanya ibu bapa yang menyokong dan sentiasa positif agar saya meneruskan kerjaya.
“Merekalah yang setia berada di belakang membantu untuk saya terus bangkit semula. Apabila diingat kembali pengorbanan insan yang melahirkan dan membesarkan saya, memang selayaknya diangkat sebagai idola. Malah saya juga ingin menjadi bapa yang baik untuk anak saya,” katanya.
Aliff akui keluarganya yang tahu bagaimana dia berusaha untuk bangun semula dan terus maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.
Katanya, segala perkara yang buruk yang pernah terjadi padanya bukanlah sesuatu yang membanggakan tetapi dia tidak pernah menyesal kerana perkara itulah yang menjadikan dirinya lebih baik.
“Saya tahu ia bukan perkara yang boleh menggembirakan semua orang tetapi apa yang saya lalui itulah menjadikan diri saya sekarang ini. Saya banyak belajar daripada kesilapan lalu.
“Saya berazam untuk membuat ibu bapa gembira. Juga membahagiakan isteri dan anak saya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
“Tidak mudah untuk saya keluar daripada kisah lalu. Saya bersyukur ada dua ‘idola’ tetap memberikan kepercayaan terhadap saya,” katanya.
Kata Aliff, bukan mudah untuk dia terus melangkah meninggalkan kisah lalu. Namun, atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan keluarga, dia akhirnya berjaya untuk memacu semula kerjaya seni.
Selepas berganding dengan Mira Filzah menerusi drama Meh, Sandar Pada Aku! dan menyanyikan sendiri lagu runut Sandar Padaku, Aliff menerima banyak tawaran berlakon dan jemputan memeriahkan majlis.
The post Terbawa-bawa gaya Anuar appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rRGKKQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Terbawa-bawa gaya Anuar
Anda sedang baca artikel Terbawa-bawa gaya Anuar dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/terbawa-bawa-gaya-anuar.html
0 Response to "Terbawa-bawa gaya Anuar"
Catat Ulasan