Loading...

Tengku Abdullah ulang ingatan jangan guna masjid untuk politik

Loading...
Tengku Abdullah ulang ingatan jangan guna masjid untuk politik - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tengku Abdullah ulang ingatan jangan guna masjid untuk politik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tengku Abdullah ulang ingatan jangan guna masjid untuk politik
link : Tengku Abdullah ulang ingatan jangan guna masjid untuk politik

Baca juga


Tengku Abdullah ulang ingatan jangan guna masjid untuk politik

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan semua pentadbir masjid dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) agar tidak menjadikan masjid atau surau sebagai platform 'bermain' politik.

Mengambil contoh isu yang berlaku di Selangor baru-baru ini, baginda dengan tegas mahu kesucian masjid dan surau di negeri ini sentiasa dipelihara.

"Semua pihak perlu sedar dan jelas, masjid adalah tempat untuk kita mengamalkan dan mendalami ajaran Islam... bukan untuk hal duniawi lain," tegas baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis berbuka puasa bersama rakyat dan pengurniaan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di perkarangan Masjid Tengku Abdullah Peramu, dekat sini.

Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat menyempurnakan pengurniaan sumbangan kepada 350 penerima sekitar kawasan Peramu, Kuantan.

Seramai 314 orang nelayan turut menerima Elaun Sara Hidup dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada majlis berkenaan.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah turut menggalakkan setiap masjid di negeri Pahang menunaikan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat seperti yang dinasihatkan Mufti Negeri.

"Ibadat di bulan Ramadan perlu diperbanyakkan dalam memastikan amalan kita diterima dan memperoleh pahala berganda," titah baginda.

Sementara itu, baginda turut berharap agar semua umat Islam khususnya di negeri ini menjadikan bulan Ramadan sebagai peluang merapatkan silaturahim.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qY1trX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Tengku Abdullah ulang ingatan jangan guna masjid untuk politik

Itulah artikel Tengku Abdullah ulang ingatan jangan guna masjid untuk politik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tengku Abdullah ulang ingatan jangan guna masjid untuk politik dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/tengku-abdullah-ulang-ingatan-jangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tengku Abdullah ulang ingatan jangan guna masjid untuk politik"

Catat Ulasan

Loading...