Loading...
Tajuk : Tazkirah Jumaat : Tetamu pembawa rahmat.
link : Tazkirah Jumaat : Tetamu pembawa rahmat.
Tazkirah Jumaat : Tetamu pembawa rahmat.
Tazkirah Jumaat : Tetamu pembawa rahmat. | Assalamualaikum wbt. Musim raya ni mesti rumah kita ramai tetamu yang datang bertandang kan, tak kiralah yang deka mahu pun yang jauh. Lebih-lebih lagi kalau yang jenis setahun sekali berjumpa. Betul tak? Kita pun menjadi tetamu jugak bila kita pergi bertandang dekat rumah saudara dan sahabat handai kita.
Cikla selalu dengar orang cakap, tetamu ni membawa rahmat, berkat dan rezeki. Haaa, betullah tu. So, ini ada satu kisah di zaman Rasullullah SAW yang berkait pasal tetamu ni. Nak tau kisahnya? Jom baca yang seterusnya ni...
Tazkirah Jumaat : Tetamu pembawa rahmat.
Tazkirah Jumaat : Tetamu pembawa rahmat. Sumber Google. |
Seorang perempuan mengadu kepada Rasulullah s.a.w. tentang perihal suaminya yang suka menjemput tetamu ke rumah. Si isteri sangat penat menghidangkan makanan dan melayan tetamu. Perempuan tadi pun pulang ke rumah tanpa sebarang jawapan daripada Rasullullah SAW.
Tak berapa lama kemudian Rasullullah SAW memberitahu kepada suami perempuan tadi bahawa baginda akan datang berziarah ke rumahnya. Lalu suami tadi pun memberitahu kepada isterinya bahawa pada hari ini kita ada tetamu istimewa yang akan datang. Isterinya bertanya: "Siapakah tetamu itu?". Maka dijawab olehnya bahawa tetamu itu adalah Rasullullah SAW. Isteri tadi sangat gembira mendengar berita tersebut. Lalu dia pun menyediakan makanan yang lazat dan sedap-sedap untuk Rasullullah SAW.
Ketika Rasullullah SAW hendak pulang, baginda memberitahu kepada suami wanita itu supaya memberitahu isterinya supaya melihat di pintu ketika baginda nak keluar. Kemudian isterinya pun melihat ke pintu semasa Rasullullah SAW keluar. Dilihatnya binatang-binatang seperti lipan, kala jengking dan segala yang memudaratkan mengikut keluar bersama Rasullullah SAW. Beliau sangat terkejut lalu Rasullullah SAW berkata kepadanya: "Demikianlah yang berlaku setiap kali tetamu menziarahi rumah seseorang."
Apabila tetamu kita pulang, akan keluar dari rumah kita segala bentuk bala, kemudaratan, binatang-binatang yang menyakitkan dan penyakit dari rumah kita. Rumah yang sentiasa diziarahi tetamu ialah rumah yang disukai oleh Allah SWT. Turunnya rahmat dan barakah dari langit.
.
.
.
.
Demikian betapa hebatnya kelebihan yang Allah berikan kepada orang yang sentiasa dikunjungi oleh tetamu. Memang benarlah tetamu itu pembawa rahmat kepada si tuan rumah...
Semoga bermanfaat... ❤️❤️❤️
Sumber WhatsApp group.
Thus Article Tazkirah Jumaat : Tetamu pembawa rahmat.
Itulah artikel Tazkirah Jumaat : Tetamu pembawa rahmat. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Tazkirah Jumaat : Tetamu pembawa rahmat. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/tazkirah-jumaat-tetamu-pembawa-rahmat.html
0 Response to "Tazkirah Jumaat : Tetamu pembawa rahmat."
Catat Ulasan