Loading...

T-Team Ikat 3 Pemain Tempatan Perkuat Pasukan

Loading...
T-Team Ikat 3 Pemain Tempatan Perkuat Pasukan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk T-Team Ikat 3 Pemain Tempatan Perkuat Pasukan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : T-Team Ikat 3 Pemain Tempatan Perkuat Pasukan
link : T-Team Ikat 3 Pemain Tempatan Perkuat Pasukan

Baca juga


T-Team Ikat 3 Pemain Tempatan Perkuat Pasukan

KUALA TERENGGANU – T-Team sambar tiga muka baharu bagi memperkuat jentera tengah pasukan sekali gus melengkapkan jendela perpindahan kali ini.

Tiga pemain tempatan yang bakal mengukuhkan pasukan ialah bekas pemain Terengganu Mohd Asrol Ibrahim yang kembali membuat ‘pusingan U’ selepas enam bulan menabur bakti bersama skuad penyu.

Selain itu, bekas ketua pasukan MISC-MIFA, Ooi Shee Keong, 26, dan pemain sayap Melaka United, Syed Sobri Syed Muhammad, 23, turut bersetuju untuk menyarung jersi pasukan T-Team.

Ketiga-tiga pemain itu menandatangani kontrak setahun bersama T-Team hari ini dengan disaksikan pengurus pasukan, Datuk Mohamad Kamil Othman.

Mohd Kamil berkata kehadiran muka baharu itu diharap dapat menyuntik semangat dan mengukuhkan lagi pasukan dalam merebut kedudukan terbaik pada musim ini.

Beliau yakin dengan kebolehan ketiga-tiga pemain tersebut berdasarkan pengalaman yang ada dan kesemua mereka juga bebas daripada sebarang kecederaan.

“Sekarang ini kami perlu bekerja keras untuk memastikan pasukan berada dalam kedudukan terbaik dan saya harap ketiga-tiga mereka dapat memberikan komitmen seterusnya merealisasikan impian pasukan.

“Saya difahamkan perpindahan ini tidak melibatkan pemain lama hanya membabitkan pemain dari Piala Presiden T-Team yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan dan terpaksa digugurkan daripada pasukan,” katanya.

Mengulas berhubung pengambilan pemain tempatan untuk mengukuhkan pasukan berbanding pemain import yang menjadi sasaran pasukan lain, Mohd Kamil berkata kekangan kewangan dan beberapa faktor lain menyebabkan T-Team memilih pemain tempatan.

Sementara itu Asrol berkata keputusannya untuk bersama T-Team dibuat ekoran kedudukannya sebelum ini yang hanya banyak memanaskan bangku simpanan dan situasi itu mendorong kepulangannya ke Liga Super dengan tekad merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad kendalian Rahmad Darmawan.

“Saya akan bekerja keras bersama rakan-rakan lain untuk merebut tempat dalam pasukan sekali gus mengembalikan kepercayaan ketua jurulatih,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r5cuYK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article T-Team Ikat 3 Pemain Tempatan Perkuat Pasukan

Itulah artikel T-Team Ikat 3 Pemain Tempatan Perkuat Pasukan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel T-Team Ikat 3 Pemain Tempatan Perkuat Pasukan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/t-team-ikat-3-pemain-tempatan-perkuat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "T-Team Ikat 3 Pemain Tempatan Perkuat Pasukan"

Catat Ulasan

Loading...