Loading...

Suspek Rogol Terlepas, Cuba Rogol Mangsa Lain Lagi

Loading...
Suspek Rogol Terlepas, Cuba Rogol Mangsa Lain Lagi - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Suspek Rogol Terlepas, Cuba Rogol Mangsa Lain Lagi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Suspek Rogol Terlepas, Cuba Rogol Mangsa Lain Lagi
link : Suspek Rogol Terlepas, Cuba Rogol Mangsa Lain Lagi

Baca juga


Suspek Rogol Terlepas, Cuba Rogol Mangsa Lain Lagi


SEORANG suspek kes rogol dan samun yang melarikan diri dari tahanan polis berjaya ditangkap semula tidak sampai 24 jam melarikan diri dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Utara petang semalam.

Suspek warga Indonesia yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan rogol seorang isteri berusia 34 tahun di Kampung Rantau Panjang, Klang ditangkap bersembunyi di sebuah rumah di Kampung Baru Hicom, Shah Alam, kira-kira jam 7 pagi.



Terdahulu, suspek berusia 27 tahun itu dilaporkan melarikan diri melalui tingkap tandas IPD Klang Utara setelah berpura-pura mahu membuang air, kira -kira 3 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan awal mendapati suspek mengopak jeriji besi pada tingkap di tandas itu dengan mengikat seluar yang dipakainya pada jeriji besi sebelum menarik jerigi tersebut.

“Berikutan itu, polis mengadakan gerakan mengesan suspek secara besar-besaran termasuk menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) dan akhirnya suspek ditemui bersembunyi di sebuah rumah di Kampung Baru Hicom, 7 pagi tadi,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Mohd Yusoff, suspek turut dipercayai cuba merogol seorang wanita di kawasan Kampung Baru Hicom selepas terlepas dari tahanan polis.

“Ketika ditahan, ada penduduk kampung menyatakan suspek cuba merogol adik perempuannya di sebuah rumah di kawasan berkenaan.

“Suspek dan rakannya sepatutnya dituduh di mahkamah pada hari ini, tetapi disebabkan kes ini, kita akan tuduh mereka dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum ini, suspek bersama rakan dilaporkan ditangkap di Plaza Tol Grand Shapadu, Klang, pada 13 Jun lalu selepas dipercayai terlibat dalam kes samun dan rogol wanita pada 7 Jun lalu. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Suspek Rogol Terlepas, Cuba Rogol Mangsa Lain Lagi

Itulah artikel Suspek Rogol Terlepas, Cuba Rogol Mangsa Lain Lagi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Suspek Rogol Terlepas, Cuba Rogol Mangsa Lain Lagi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/suspek-rogol-terlepas-cuba-rogol-mangsa_20.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Suspek Rogol Terlepas, Cuba Rogol Mangsa Lain Lagi"

Catat Ulasan

Loading...