Loading...
Tajuk : Surendran dahagakan jaringan gol
link : Surendran dahagakan jaringan gol
Surendran dahagakan jaringan gol
ARKIB : 24/11/2005
BACOLOD CITY - Ketika Mohd. Nor Ismail tampak hampir untuk membarisi kesebelasan utama skuad Bawah 23 Tahun negara sebagai penyerang menghadapi Thailand dalam acara bola sepak Sukan SEA ke-23 di Filipina, R. Surendran turut mengidam posisi yang sama.
Penjaring dua gol menentang Kemboja, Isnin lalu itu, bersedia mencurahkan 100 peratus sekiranya ketua jurulatih negara, Norizan Bakar memberikan kepercayaan dan peluang untuk mengisi kekosongan di situ akibat penggantungan Rudie Ramli selama satu perlawanan.
Surendran, anak jati Ipoh, Perak dan membarisi skuad pemenang pingat gangsa Sukan SEA Vietnam 2003 di bawah Alan John Harris, turut menganggap posisi penyerang tengah sebagai paling digemari dan merupakan bidang kepakarannya.
``Saya memang gemarkan posisi itu tetapi saya tidak akan menolak jika jurulatih mahu mengekalkan saya di sayap kiri seperti sekarang. Malah saya juga suka bergerak ke merata kawasan dari kiri ke kanan ketika melawan Kemboja lalu,'' katanya.
Malaysia bakal menghadapi Thailand, juara bertahan, pada perlawanan keduanya di peringkat Kumpulan A di Stadium Panaad di sini, Ahad ini selepas membelasah Kemboja 5-0, Isnin lalu dengan dua gol daripada tandukan dan terjahan Surendran.
Sekiranya menang, anak didik Norizan akan menjadi pasukan pertama mara ke separuh akhir sekali gus menebus kekalahan berturut-turut kepada lawan 0-1 dalam Piala Agribank (Oktober lalu) dan dibelasah 0-7 dalam Kejohanan AFF (Ogos lalu).
``Saya teringin menjaringkan gol ke atas lawan sehandal Thailand untuk membantu negara menang. Selepas meraih gangsa di Vietnam, saya turut mengidam sebutir emas,'' ujarnya. - Utusan
SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2rXDJZx
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article Surendran dahagakan jaringan gol
Itulah artikel Surendran dahagakan jaringan gol Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Surendran dahagakan jaringan gol dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/surendran-dahagakan-jaringan-gol.html
0 Response to "Surendran dahagakan jaringan gol"
Catat Ulasan