Loading...

SULTAN NAZRIN SULTAN PERTAMA MEMPUNYAI PHD

Loading...
SULTAN NAZRIN SULTAN PERTAMA MEMPUNYAI PHD - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk SULTAN NAZRIN SULTAN PERTAMA MEMPUNYAI PHD, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : SULTAN NAZRIN SULTAN PERTAMA MEMPUNYAI PHD
link : SULTAN NAZRIN SULTAN PERTAMA MEMPUNYAI PHD

Baca juga


SULTAN NAZRIN SULTAN PERTAMA MEMPUNYAI PHD

“ADALAH kita Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi, bahawa kita mengaku memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dan sekalian takluk jajahannya menurut Perlembagaan Perak dengan adil mengikut hukum Allah.”

Demikian lafaz sumpah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika dimasyhurkan sebagai Sultan Perak Ke-35 menggantikan Almarhum ayahanda baginda, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah yang mang­kat.

Merenung sejenak biodata ba­gin­da, Sultan Nazrin yang dipu­tera­kan pada 27 November 1956 mula melangkah dalam hie­rar­ki kesultanan Perak apabila dima­syhurkan sebagai Raja Kecil Besar Perak pada 16 Februari 1984.

Baginda dima­syhur­kan sebagai Raja Mu­da Pe­rak pada 15 April 1987. Setelah kemang­katan ayah­an­da baginda pada 28 Mei 2014, De­wan Negara Perak mencapai kata sepakat Sultan Nazrin sebagai Sultan Perak Ke-35 dengan gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Baginda seterusnya dimasyhurkan sebagai Sultan pada 29 Mei 2014 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Dikenali sebagai seorang sultan berpendi­dikan tinggi, Sultan Nazrin memulakan alam persekolahan di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur sehingga darjah lima dan menyambung pendidikan rendah dan menengah rendah dari darjah enam hingga tingkatan dua di Sekolah St. John, Kuala Lumpur.

Pada usia 13 tahun, baginda berangkat ke United Kingdom untuk melanjutkan pengajian di The Leys School, Cambridge.

Baginda kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi daripada Universiti Oxford, diikuti dengan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik Ekonomi dan Kerajaan daripada Universiti Harvard.

Ini sekaligus menjadikan baginda Sultan pertama mempunyai PhD.

Selain itu, baginda adalah Fellow Kehormat Worcester College, Universiti Oxford dan juga Magdalene College, Universiti Cambridge; Ahli Pemegang Amanah Pusat Pe­ngajian Islam Universiti Oxford, Felo Diraja Institusi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (Malaysia Institute of Defense and Security); Felo Diraja Institut Ka­jian Strategi dan Hubungan Antarabangsa Malaysia (Institute of Stra­tegic and International Stu­dies); Felo Diraja Institut Keselamatan Awam Malaysia dan Penaung Diraja kepada Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia.

Dengan latar belakang pendidikan yang hebat, tidak hairanlah baginda sering diundang untuk menyampaikan ucaptama di majlis-majlis dalam dan luar negara.

Daulat Tuanku!



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s7Jpk1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article SULTAN NAZRIN SULTAN PERTAMA MEMPUNYAI PHD

Itulah artikel SULTAN NAZRIN SULTAN PERTAMA MEMPUNYAI PHD Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel SULTAN NAZRIN SULTAN PERTAMA MEMPUNYAI PHD dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/sultan-nazrin-sultan-pertama-mempunyai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SULTAN NAZRIN SULTAN PERTAMA MEMPUNYAI PHD"

Catat Ulasan

Loading...