Tajuk : SPRM Ambil Masa 8 Jam Ambil Dokumen-dokumen
link : SPRM Ambil Masa 8 Jam Ambil Dokumen-dokumen
SPRM Ambil Masa 8 Jam Ambil Dokumen-dokumen
KUALA LUMPUR – Sepasukan pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil masa selama lapan jam bagi menyelesaikan urusan mengambil dokumen-dokumen di pejabat Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad di tingkat 45 bangunan Menara Felda di sini hari.
Pasukan 25 orang itu tiba di perkarangan bangunan itu, yang juga menempatkan ibu pejabat FGV pada pukul 10 pagi ini dan meninggalkan bangunan itu dengan membawa keluar beberapa kotak serta beg dokumen pada pukul 6 petang.
Difahamkan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung proses pengambilan dokumen itu dalam masa terdekat.
Semalam, Zakaria tampil di ibu pejabat SPRM di Putrajaya dengan berbekalkan beberapa dokumen berhubung FGV dan beliau memberi keterangan kepada suruhanjaya itu antaranya mengenai isu tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products.
Selasa lepas , Zakaria dan tiga lagi pegawai pengurusan kanan FGV dan anak syarikatnya diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta.
Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd Kamarzaman Karim, dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar telah juga diminta bercuti.
FGV memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa Zakaria akan bercuti sementara menunggu hasil siasatan pelbagai urus niaga yang dijalankan oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd.
Zakaria dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FGV pada 1 April tahun lepas. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2siYWNW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article SPRM Ambil Masa 8 Jam Ambil Dokumen-dokumen
Anda sedang baca artikel SPRM Ambil Masa 8 Jam Ambil Dokumen-dokumen dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/sprm-ambil-masa-8-jam-ambil-dokumen.html
0 Response to "SPRM Ambil Masa 8 Jam Ambil Dokumen-dokumen"
Catat Ulasan