Loading...

Slogan 'Jom Bantu Rakyat' selari usaha k'jaan bantu tanpa mengira masa dan keadaan - Najib

Loading...
Slogan 'Jom Bantu Rakyat' selari usaha k'jaan bantu tanpa mengira masa dan keadaan - Najib - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Slogan 'Jom Bantu Rakyat' selari usaha k'jaan bantu tanpa mengira masa dan keadaan - Najib, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Slogan 'Jom Bantu Rakyat' selari usaha k'jaan bantu tanpa mengira masa dan keadaan - Najib
link : Slogan 'Jom Bantu Rakyat' selari usaha k'jaan bantu tanpa mengira masa dan keadaan - Najib

Baca juga


Slogan 'Jom Bantu Rakyat' selari usaha k'jaan bantu tanpa mengira masa dan keadaan - Najib

PEKAN: Slogan 'Jom Bantu Rakyat' yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah selari dengan usaha kerajaan mahu membantu rakyat tanpa mengira masa dan keadaan, kata  Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata slogan itu juga membuktikan komitmen kerajaan untuk terus membela nasib rakyat, terutama apabila ditimpa musibah.

"Tidak ada pihak lain yang berhak menggunakan slogan itu melainkan kerajaan BN dan UMNO. Saya tidak perlu huraikan dari mana (bantuan diberikan). Sumbernya pelbagai.

"Ada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Klinik 1Malaysia, bantuan baik pulih rumah, bantuan persekolahan, universiti dan pelbagai lagi bantuan yang diberikan.

"Ini sebab kita letakkan rakyat sebagai tanggungjawab kita kerana kita adalah pemimpin yang dipilih mereka.  Jadi kena berkhidmat bersungguh-sungguh," katanya semasa berucap selepas solat Isya', Tarawih dan Witir berjemaah bersama penduduk Kampung Serambi di sini, malam tadi.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang Datuk Seri Ishak Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang Datuk Abu Bakar Harun dan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nassarah.

Sementara itu, Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan secara berseloroh berharap projek Lampu Jalan Kampung Fasa 8 (LJK8) Negeri Pahang yang turut melibatkan Kampung Serambi, 'mampu menerangi kampung itu sehingga ke pilihan raya'.

"Saya harapkan dengan cahaya lampu ini, Kampung Serambi yang agak suram sebelum ini sudah bercahaya dan semoga terus bercahaya sehingga hari raya sehingga pilihan raya," katanya.

Pelaksanaan projek LKJ8 menerusi Wilayah Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pahang melibatkan pemasangan 7,770 unit lampu jalan di seluruh daerah melibatkan peruntukan sebanyak RM6.62 juta.

Di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bebar yang terletak dalam Parlimen Pekan, sebanyak 28 kampung bakal menikmati kemudahan itu melibatkan pemasangan 242 unit lampu, yang mula dilaksanakan sejak 11 Jun lalu.

Pada majlis itu, Najib juga menyampaikan sumbangan daripada TNB, Roadcare dan Biro Agama UMNO Pekan kepada 171 penerima terdiri daripada warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), mualaf dan anak yatim.

Najib turut meluluskan permintaan penduduk kampung untuk membina sebuah masjid baharu bagi menggantikan masjid As-Sakinah yang telah uzur, dan menambah, peruntukan itu akan dimasukkan sebagai sebahagian bajet tahun hadapan.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sCyu1B

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Slogan 'Jom Bantu Rakyat' selari usaha k'jaan bantu tanpa mengira masa dan keadaan - Najib

Itulah artikel Slogan 'Jom Bantu Rakyat' selari usaha k'jaan bantu tanpa mengira masa dan keadaan - Najib Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Slogan 'Jom Bantu Rakyat' selari usaha k'jaan bantu tanpa mengira masa dan keadaan - Najib dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/slogan-jom-bantu-rakyat-selari-usaha.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Slogan 'Jom Bantu Rakyat' selari usaha k'jaan bantu tanpa mengira masa dan keadaan - Najib"

Catat Ulasan

Loading...