Loading...
Tajuk : Skuad b-23 negara kalah
link : Skuad b-23 negara kalah
Skuad b-23 negara kalah
ARKIB : 13/10/2005
AMIR Shahreen Mubin (9) yang masuk menggantikan Tengku Hasbullah Raja Hassan masih gagal membantu skuad Bawah 23 Tahun negara yang tewas 0-2 kepada Al-Ahly, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan persahabatan di Dubai, kelmarin.
KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak Bawah 23 Tahun negara memulakan siri kunjungan ke Amiriah Arab Bersatu (UAE) dengan mengalami kekalahan 0-2 kepada kelab Al-Ahly dalam perlawanan persahabatan pertamanya di Dubai.
Gawang barisan bimbingan Norizan Bakar yang sedang dalam persediaan menghadapi Sukan SEA ke-23 di Filipina, bulan depan, dibolosi pada minit ke-50 dan 90.
Siri jelajah ke UAE ini merupakan aksi sulung mereka di luar negara sejak berkesudahan di tempat keempat Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) di Thailand, Ogos lalu.
Norizan menguji Saiful Amar Sudar sebagai penjaga gol sambil benteng dibarisi S. Sathiakumaran, Ronny Harun, Mohd. Munir Amran, V. Thirumurugan manakala R. Surendran, Tengku Hasbullah Raja Hassan dan Zairo Anuar Zalani di bahagian tengah.
Ketua pasukan, Fadzli Saari dari Pahang mengepalai jentera serangan Malaysia dengan dibantu oleh dua penyerang Perak dan Kelantan, Mohd. Nor Ismail dan Azlan Ismail.
Enam pertukaran dibuat yang melibatkan Sathiakumaran dengan Ahmad Azlan Zainal, Munir oleh Mat Saiful Mohammad, Hasbullah (Amir Shahreen Mubin), Zairo (Harizul Izuan Rani), Fadzli (Azi Shahril Azmi) dan Mohd. Nor (Rudie Ramli).
SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2suDtPh
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article Skuad b-23 negara kalah
Itulah artikel Skuad b-23 negara kalah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Skuad b-23 negara kalah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/skuad-b-23-negara-kalah.html
0 Response to "Skuad b-23 negara kalah"
Catat Ulasan