Loading...

Skuad B-20 kejutkan Akademi United

Loading...
Skuad B-20 kejutkan Akademi United - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Skuad B-20 kejutkan Akademi United, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Skuad B-20 kejutkan Akademi United
link : Skuad B-20 kejutkan Akademi United

Baca juga


Skuad B-20 kejutkan Akademi United



ARKIB : 11/05/2006

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak bawah 20 tahun negara mencatat keputusan memberangsangkan pada hari terakhir latihan dan pendedahan mereka di England apabila menewaskan pasukan Akademi Manchester United 4-1, semalam.

Pencapaian pada perlawanan persahabatan ketiga itu melengkapkan rekod kemenangan bersih anak buah K. Rajagobal yang tidak pernah kalah sepanjang jelajah mereka di England.

Sebelum ini, skuad muda negara itu menewaskan kelab Salford FA 3-0 dan mencatat kemenangan ke atas kelab Stoke City 2-0.

Semalam, mereka sekali lagi mempamerkan persembahan meyakinkan apabila mendahului 2-1 pada babak pertama.

Skuad Bwh-20 Tahun negara membuka jaringan menerusi Mohd. Farderin Kadir pada minit ke-29.

Lima minit sebelum berakhir babak pertama, Malaysia menggandakan jaringan menerusi sepakan percuma dari jarak 20 meter yang disempurnakan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak.

Corak

Pasukan lawan yang tersentak dengan prestasi hebat Malaysia mula membuat beberapa pertukaran untuk mengimbangi corak permainan.

Bagaimanapun jangkaan mereka meleser apabila taktik Akademi Manchester United itu langsung tidak menjejaskan rentak permainan skuad negara.

Ini menyaksikan mereka menambah dua lagi gol menerusi Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak pada minit ke-56 dan Safiq Jamal pada minit ke-84.

Setiausaha Agung, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad yang turut berada di England menyaksikannya menyifatkan perlawanan semalam adalah persembahan terbaik sepanjang jelajah mereka.

“Tetapi pada saya apa yang lebih penting, pasukan ini dapat belajar mengekalkan kekuatan mereka walaupun banyak pertukaran dilakukan jurulatih dalam memberi peluang semua pemain beraksi,'' ujarnya.

Sehubungan itu, pemergian mereka untuk satu lagi jelajah ke Slovakia diharap dapat meningkatkan lagi prestasi pasukan menjelang Kejohanan AFC di India pada Oktober ini.

Kesemua pemain akan berlepas ke Slovakia hari ini di mana mereka dijadual mengadakan perlawanan persahabatan dengan dua kelab profesional sebelum yang terakhir bertemu pula pasukan kebangsaan bawah 20 tahun Slovakia.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2tbrnxA
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Skuad B-20 kejutkan Akademi United

Itulah artikel Skuad B-20 kejutkan Akademi United Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Skuad B-20 kejutkan Akademi United dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/skuad-b-20-kejutkan-akademi-united.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Skuad B-20 kejutkan Akademi United"

Catat Ulasan

Loading...