Loading...

Skuad Afrika Selatan uji B21 negara

Loading...
Skuad Afrika Selatan uji B21 negara - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Skuad Afrika Selatan uji B21 negara, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Skuad Afrika Selatan uji B21 negara
link : Skuad Afrika Selatan uji B21 negara

Baca juga


Skuad Afrika Selatan uji B21 negara



ARKIB : 06/07/2006

Oleh BAZLI ABDUL RAHMAN

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak Bawah 21 Tahun negara berlepas ke Afrika Selatan hari ini untuk menentang pasukan Olimpik negara itu sebagai persiapan ke pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2008 di China tahun depan.

Jurulatihnya, B. Sathianathan memberitahu, perlawanan dengan Afrika Selatan itu akan diadakan pada 13 dan 16 Julai ini.

‘‘Sebelum bertarung dengan skuad Olimpik tersebut, kita akan bermain terlebih dahulu dengan pasukan tempatan di negara berkenaan.

‘‘Kita ke sana awal untuk membuat persiapan yang lebih baik terutama menyesuaikan diri pemain dengan cuaca di sana,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pasukan bimbingannya seri 1-1 dengan skuad Bawah 20 Tahun negara di padang Wisma FAM di sini, semalam.

Perlawanan menentang Afrika Selatan, kata Sathianathan, membolehkannya mengenal pasti pemain yang layak berada dalam kesebelasan utama.

Dalam perlawanan petang semalam, skuad Bawah 21 Tahun ketinggalan 0-1 selepas pasukan lawan mencipta gol menerusi Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak pada minit ke-46.

Gol penyamaan skuad Bawah 21 Tahun negara hadir daripada penyerang utama, Mohd. Fitri Omar menerusi sepakan penalti pada minit ke-90.

Sementara itu, jurulatih Bawah 20 Tahun kebangsaan, K. Rajagopal berkata, skuadnya akan ke Brazil pada 17 Julai ini sebagai persediaan ke Kejohanan Bola Sepak Asia yang akan berlangsung pada Oktober ini.

Sehingga kini, katanya, tujuh pemain utamanya mengalami kecederaan dan lima daripada mereka tidak akan ke Brazil.

Mereka yang cedera ialah Fauzi Ariffin, Mohd. Ariff Fazlie Saidin, Mohd. Shafiq Rian, Charles Basri, Mohd. Sabri Mat Abu, Nazir Basri Baharom dan Mohd. Noor Aliff.

Perlawanan di sana juga merupakan satu persediaan Malaysia untuk memantapkan lagi kesebelasan utama sebagai persediaan bagi Sukan SEA 2009.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2tkdihs
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Skuad Afrika Selatan uji B21 negara

Itulah artikel Skuad Afrika Selatan uji B21 negara Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Skuad Afrika Selatan uji B21 negara dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/skuad-afrika-selatan-uji-b21-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Skuad Afrika Selatan uji B21 negara"

Catat Ulasan

Loading...