Tajuk : Siti Kasim Didakwa Hari Ini Kerana Menghalang Jawi Serbu Majlis Mak Nyah
link : Siti Kasim Didakwa Hari Ini Kerana Menghalang Jawi Serbu Majlis Mak Nyah
Siti Kasim Didakwa Hari Ini Kerana Menghalang Jawi Serbu Majlis Mak Nyah
Peguam Siti Zabedah Kasim hari ini didakwa kerana menghalang proses keadilan semasa serbuan pada satu acara transgender, April tahun lepas.
Serbuan berkenaan dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Renaissance Hotel, Kuala Lumpur yang berlangsung selama dua setengah jam selepas acara bermula.
"Hari ini, anak guam saya, Siti Kasim didakwa mengikut Seksyen 189 Kanun Keseksaan," kata peguamnya Roger Chan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi ini.
Seksyen 186 Kanun Keseksaan adalah berkaitan kesalahan menghalang penjawat awam. Siti boleh menghadapi hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda maksimum RM10,000, atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.
Bagaimanapun Siti Zabedah Kasim mengaku tidak bersalah dan mohon kes itu dibicarakan. Majistret Ahmad Solihon Abdul Wahid mengarahkan sebutan kes pada 22 Ogos selepas tertuduh membayar ikat jamin sebanyak RM3,000
Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif berhujah Siti Zabedah dengan sengaja menghalang pegawai Jawi daripada menjalankan serbuan tersebut dan meminta supaya tiada ikat jamin dibenarkan.
Chan dan pembantunya Rajsurian Pillai bagaimanapun memohon bon jaminan, yang diberikan oleh majistret. - Malaysia Kini
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sxavQI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Siti Kasim Didakwa Hari Ini Kerana Menghalang Jawi Serbu Majlis Mak Nyah
Anda sedang baca artikel Siti Kasim Didakwa Hari Ini Kerana Menghalang Jawi Serbu Majlis Mak Nyah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/siti-kasim-didakwa-hari-ini-kerana.html
0 Response to "Siti Kasim Didakwa Hari Ini Kerana Menghalang Jawi Serbu Majlis Mak Nyah"
Catat Ulasan