Loading...

Selepas "Membidas Karim", Nazri Aziz Serang Rahman Dahlan Pula !

Loading...
Selepas "Membidas Karim", Nazri Aziz Serang Rahman Dahlan Pula ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Selepas "Membidas Karim", Nazri Aziz Serang Rahman Dahlan Pula !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Selepas "Membidas Karim", Nazri Aziz Serang Rahman Dahlan Pula !
link : Selepas "Membidas Karim", Nazri Aziz Serang Rahman Dahlan Pula !

Baca juga


Selepas "Membidas Karim", Nazri Aziz Serang Rahman Dahlan Pula !


PETALING JAYA: Datuk Seri Nazri Aziz membidas seorang lagi menteri hari ini berikutan kekecohan mengenai kenyataannya terhadap seorang menteri Sarawak kerana mempertikaikan cukai pelancongan baharu.
Menteri pelancongan dan kebudayaan itu, yang diserang ahli politik Barisan Nasional dan pembangkang selepas menggelar Menteri Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah “setahun jagung”, hari ini menyerang menteri persekutuan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Rahman, seorang menteri di jabatan perdana menteri dan ahli Parlimen Kota Belud, sebelum ini mempertahankan Karim.
“Datuk Karim mungkin baru sebagai menteri Sarawak tetapi dia sudah pasti ahli politik Sarawak berpengalaman dengan bertahun-tahun pengalaman sebagai YB yang dipilih,” kata Rahman di Twitter.
Nazri menjawab Rahman juga menteri “baru dan tidak berpengalaman” dan tidak perlu masuk campur dalam pertelingkahannya dengan Karim.
“Dia (Rahman) adalah menteri baru. Beliau memegang satu jawatan dan ditukar kepada jawatan lain tidak lama kemudian. Jadi, saya fikir lebih baik dia tidak terlibat dan biarkan saya selesaikan perkara ini dengan Karim,” kata Nazri.
“Dia tidak perlu menasihati Menteri Kanan dan saya tidak perlukan bantuannya. Lagipun dia dari Malaysia timur, dia tidak neutral.”
Rahman berkata perang mulut antara Nazri dan Karim merumitkan usaha kerajaan menjelaskan cukai pelancongan.
“Menteri Persekutuan perlu lebih bertimbang rasa apabila berurusan dengan soalan tulen dan kebimbangan dari pemimpin Sabah dan Sarawak,” katanya.
Nazri berkata jika Karim “ahli politik berpengalaman”, beliau sepatutnya meminta penjelasan mengenai cukai pelancongan terlebih dahulu, “bukannya terus menyerang dan mengatakan kerajaan persekutuan tidak sensitif, padahal perkara itu (cukai pelancongan) sudah lama dibincangkan”.
Cukai pelancongan baru yang akan bermula pada 1 Julai ini akan menyaksikan hotel mengenakan bayaran tambahan RM2.50 hingga RM20 bagi penginapan semalaman.
Karim berkata cukai baru itu contoh kerajaan persekutuan mengenakan undang-undang cukai ke atas Sarawak tanpa berunding terlebih dahulu, dakwaan yang mengundang kemarahan Nazri.
“Anda (Karim) tidak perlu bercakap besar dalam politik. Jika anda mahu menunjukkan samseng, kita adalah samseng lagi besar,” kata Nazri.
Kenyataan itu dikutuk ahli politik kedua belah pihak di Sarawak. Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof mengecam Nazri kerana menghina Karim. #sumber


Thus Article Selepas "Membidas Karim", Nazri Aziz Serang Rahman Dahlan Pula !

Itulah artikel Selepas "Membidas Karim", Nazri Aziz Serang Rahman Dahlan Pula ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Selepas "Membidas Karim", Nazri Aziz Serang Rahman Dahlan Pula ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/selepas-membidas-karim-nazri-aziz.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Selepas "Membidas Karim", Nazri Aziz Serang Rahman Dahlan Pula !"

Catat Ulasan

Loading...