SELEPAS ISA, CEO FGV JUGA AKAN DIGANTI - kawan-kawan Hallo
news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk SELEPAS ISA, CEO FGV JUGA AKAN DIGANTI, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting
Artikel Berita,
Artikel ekonomi,
Artikel kesihatan,
Artikel maklumat umum,
Artikel politik,
Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.
Tajuk :
SELEPAS ISA, CEO FGV JUGA AKAN DIGANTIlink :
SELEPAS ISA, CEO FGV JUGA AKAN DIGANTI
SELEPAS ISA, CEO FGV JUGA AKAN DIGANTI
Datuk Wira Azhar Abdul Hamid menafikan khabar angin bahawa beliau akan menggantikan Datuk Zakaria Arshad sebagai ketua pegawai eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
Bagaimanapun, Azhar berkata beliau akan mempertimbangkan perkara berkenaan sekiranya diminta membantu syarikat bermasalah itu.
“Jika saya diminta untuk membantu, sudah tentu saya akan pertimbangkan kerana kebimbangan Felda dan penerokanya,” katanya ketika dihubungi oleh NST Business hari ini.
Terdahulu, Zakaria dilaporkan akan digantikan selepas Tan Sri Mohd Isa Samad meninggalkan anak syarikat Felda itu, Isnin lalu selaku presiden dan pengerusi FGV.
Menurut laporan The Edge Financial Daily, Azhar yang semalam meletakkan jawatan sebagai pengarah urusan Malakoff Corporation Bhd, dijangka menggantikan Zakaria.
Azhar hanya berkhidmat di Malakoff selama lebih sebulan sebelum diantik ke jawatan baru itu. Sumber akhbar itu mengatakan bahawa Azhar memiliki latar belakang dalam sektor perladangan dan sesuai menggalas tugas tersebut.
“Kerajaan sedang mencari individu yang bebas, berkebolehan dan memiliki pengetahuan mendalam di sektor perladangan untuk memimpin FGV dan Azhar nampaknya sesuai,” sumber itu dipetik berkata.
Azhar sebelum ini mengetuai pembangunan perniagaan di Sime Darby Plantation Sdn Bhd dan menjadi pengarah urusan syarikat itu serta bertindak sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Sime Darby sehingga Ogos 2010.
Beliau adalah ketua pegawai eksekutif MRT Corp dari tahun 2011 hingga 2014.
FGV menghadapi krisis dalaman apabila ahli lembaga pengarahnya, di bawah Isa, menggantung Zakaria dan tiga eksekutif lain, selepas menuduh mereka melanggar peraturan tadbir urus korporat.
Zakaria menyalahkan anggota lembaga itu dan mengatakan beliau cuba menghentikan pelaburan berjuta ringgit dan tidak masuk akal dalam perniagaan bukan teras. Kedua-dua pihak menafikan tuduhan itu.
Berikutan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campur tangan dengan melantik bekas menteri Datuk Seri Idris Jala menyediakan laporan berhubung kemelut FGV. Selepas Idris menyelesaikan laporannya, Mohd Isa mengumumkan peletakan jawatan.
Isa menyatakan alasan peribadi untuk meletakkan jawatannya, namun langkah itu dilihat sebagai sebahagian daripada pelan penyelesaian oleh Najib.
Pengerusi Telekom Malaysia Bhd, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, kemudian dilantik sebagai pemangku pengerusi FGV.
Najib kemudian melantik Isa sebagai pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad).
Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa tindakan tatatertib terhadap Zakaria dan eksekutif lain akan diteruskan, di mana mereka akan dibenarkan mempertahankan diri.
Zakaria melantik peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai peguam penasihat, bagi berdepan siasatan terhadapnya.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2trwhnx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article SELEPAS ISA, CEO FGV JUGA AKAN DIGANTI
Itulah artikel SELEPAS ISA, CEO FGV JUGA AKAN DIGANTI Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel SELEPAS ISA, CEO FGV JUGA AKAN DIGANTI dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/selepas-isa-ceo-fgv-juga-akan-diganti.html
Related Posts :
Saya tak berhajat nak bertanding PRU14, dakwa Hasan AliOleh Syed Muaz Syed Putra
SHAH ALAM: Bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tidak minat untuk bertanding dal… Read More...
Jamal ditahan, bakal didakwa ekoran pecah botol arak depan SUKANTARAPOS
SHAH ALAM: Polis menahan Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos susulan tindakan memecahk… Read More...
Umno tak setuju tindakan JamalANTARAPOS
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno tidak menyokong tindakan Datuk Seri Jamal Yunos yang m… Read More...
Malaysia tiada hasrat tandatangan perjanjian pelarian, kata Zahid Adam Abu Bakar | October 6, 2017 Malaysia tidak menandatangani perjanjian membawa masuk pelarian tetapi bekerjasama dengan UNHCR dan agensi antarabangsa lain. ahmad-zahid-hamidi-unhcr-rohingya-pelarianKUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Malaysia tidak berhasrat untuk menandatangani perjanjian untuk membawa masuk pelarian etnik Rohingya ke negara ini. Katanya, walaupun tidak menandatangani perjanjian itu, negara bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan beberapa agensi antarabangsa lain serta menetapkan dasar perikemanusiaan. Sehingga kini, Malaysia masih tidak menandatangani Perjanjian Berkaitan Pelarian dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). “Kita tidak berhasrat untuk menandatangani perjanjian untuk pelarian, walaupun kita pernah ada Pulau Bidong yang suatu ketika dahulu menerima pelarian dari Vietnam,” katanya dalam sidang media di Hotel JW Marriot hari ini. Sebelum ini, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyatakan mengikut rapat perkembangan berhubung perjanjian antara Myanmar dan Bangladesh mengenai penubuhan kumpulan kerja untuk penghantaran pulang pelarian Rohingya. OIC berkata, pelarian Rohingya harus kembali ke negara asal dengan selamat serta bermaruah dan kerajaan Myanmar perlu mengambil langkah konkrit bagi menangani masalah yang mencetuskan ketegangan di Rakhine. Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Zulkifli Abu Bakar dilaporkan berkata tidak akan menghalau pelarian Rohingya, sebaliknya bersedia menyediakan tempat perlindungan sementara. Walaupun tidak menandatangani perjanjian berkenaan, sehingga kini lebih 100,000 pelarian Rohingya dan pemohon suaka berdaftar dengan UNHCR di Malaysia. Rohingya satu daripada 135 kumpulan etnik di Myanmar, dengan bilangan dianggarkan sekitar 1.33 juta orang, rata-ratanya beragama Islam. Kerajaan Myanmar menganggap mereka sebagai pendatang asing dan menafikan taraf kewarganegaraan. Penganiayaan besar-besaran melalui pembersihan etnik dan tindakan pembunuhan menyebabkan kira-kira 1.5 juta Rohingya terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka sejak kemerdekaan Burma pada 1948. Layanan ke atas lebih sejuta penduduk Rohingya cabaran terbesar pemimpin Myanmar, Aung dan Suu Kyi yang dikritik tidak berusaha melindungi minoriti Rohingya.
Adam Abu Bakar
Malaysia tidak menandatangani perjanjian membawa masuk pelarian tetapi bekerjasama dengan UNHCR dan agensi ant… Read More...
SPRM tahan tiga individu termasuk Naib Presiden WARISANANTARAPOS
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk Naib Presiden Warisan, … Read More...
0 Response to "SELEPAS ISA, CEO FGV JUGA AKAN DIGANTI"
Catat Ulasan