Loading...

Selenggaraan Jalan Negeri Diperluas Ke Felda, Felcra

Loading...
Selenggaraan Jalan Negeri Diperluas Ke Felda, Felcra - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Selenggaraan Jalan Negeri Diperluas Ke Felda, Felcra, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Selenggaraan Jalan Negeri Diperluas Ke Felda, Felcra
link : Selenggaraan Jalan Negeri Diperluas Ke Felda, Felcra

Baca juga


Selenggaraan Jalan Negeri Diperluas Ke Felda, Felcra

PUTRAJAYA – Pemberian penyelenggaraan jalan negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) akan diperluaskan ke rancangan Felda dan Felcra, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara itu yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2017, hari ini, adalah untuk membolehkan jalan di kawasan rancangan dapat diselenggara dengan lebih baik dan memuaskan.

Sementara itu, beliau berkata Majlis Kewangan Negara juga menerima laporan bahawa prestasi MARRIS oleh kerajaan negeri semakin baik dengan prestasi perbelanjaan pada tahun lalu adalah sebanyak 103 peratus.

“Peningkatan prestasi perbelanjaan ini adalah lanjutan daripada Pelaksanaan Garis Panduan Tatacara Pengurusan MARRIS pada 2013.

“Keputusan Majlis Kewangan Negara tahun 2014 mensyaratkan supaya prestasi belanja oleh negeri hendaklah melepasi paras 85 peratus bagi membolehkan kelayakan Pemberian MARRIS tahun berikutnya disalurkan sepenuhnya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di Kementerian Kewangan, di sini.

Menurut Perdana Menteri, jalan negeri yang berdaftar di bawah MARRIS bertambah hampir empat kali ganda iaitu daripada 55,102 kilometer pada 2002 kepada 215,403 kilometer pada 2016.

Beliau berkata jumlah peruntukan yang disediakan kerajaan Persekutuan untuk membiayai pemberian MARRIS pada 2017 berjumlah RM4.2 bilion berbanding RM770 juta pada 2002.

“Kerajaan berharap semua negeri akan meningkatkan lagi prestasi perbelanjaan MARRIS dan kualiti penyelenggaraan jalan negeri supaya faedah daripada peruntukan besar ini dinikmati rakyat,” katanya.

Najib dalam pada itu berkata Majlis Kewangan Negara bersetuju supaya kerajaan Persekutuan menyediakan caruman kepada Kumpulan Wang Rizab Negeri (KWRN) 2019 sebanyak RM290 juta bagi membiayai Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (Tahap).

“Jumlah caruman KWRN yang diluluskan untuk 2017 adalah berjumlah RM530 juta dan RM330 juta bagi 2018,” katanya.

Untuk rekod, Najib berkata melalui Bajet 2017, kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan berjumlah RM8.25 billion bagi membiayai pelbagai pemberian kepada semua negeri. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ssoMzs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Selenggaraan Jalan Negeri Diperluas Ke Felda, Felcra

Itulah artikel Selenggaraan Jalan Negeri Diperluas Ke Felda, Felcra Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Selenggaraan Jalan Negeri Diperluas Ke Felda, Felcra dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/selenggaraan-jalan-negeri-diperluas-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Selenggaraan Jalan Negeri Diperluas Ke Felda, Felcra"

Catat Ulasan

Loading...