Loading...

Selamba masak, makan mi segera di lapangan terbang

Loading...
Selamba masak, makan mi segera di lapangan terbang - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Selamba masak, makan mi segera di lapangan terbang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Selamba masak, makan mi segera di lapangan terbang
link : Selamba masak, makan mi segera di lapangan terbang

Baca juga


Selamba masak, makan mi segera di lapangan terbang


BEIJING: Adakah pelik mendapati orang memasak dengan selamba dan makan mi segera di lapangan terbang tanpa mengendahkan orang awam yang lalu-lalang di situ?

Sekumpulan pelancong warga China seperti berkelah, memonopoli bangku panjang di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada Sabtu, 10 Jun lepas, sekitar 9 pagi.

Mereka sedang menunggu penerbangan Ke London.

Mungkin terasa terlalu lapar, sementara harga makanan yang dijual di restoran di lapangan terbang terlalu mahal, tanpa mempedulikan tontonan orang awam, mereka segera mengeluarkan periuk elektrik.

Plug dicucuk pada soket.

Dan bermulalah ceritanya, mereka memasak mi segera yang dibawa sendiri dari rumah.


Menurut saksi, suasana di situ seperti ada sebuah pesta apabila mi segera itu mendidih, mereka bersorak dan bergembira sambil makan di situ sekitar 40 minit.

Menurut Shanghaiiist memetik Apple Daily pada Rabu, para pelancong warga China yang hendak berangkat ke London itu seperti tidak tahu, bahkan mungkin sengaja tidak peduli dengan peraturan yang dikuat kuasa di lapangan terbang.

Hanya satu hal yang menyenangkan, pandai makan pandai simpan, golongan ibu yang memasak itu segera mengemas peralatan memasak selepas menggunanya.

Mereka membuang sampah serta membersihkan tempat yang digunakan untuk memasak dan makan di situ.

Namun, tidak peduli itu semua, penumpang yang berasa terganggu dan tidak berpuas hati membuat aduan kepada pihak berkuasa lapangan terbang.

Pihak pengurusan lapangan terbang memperingati penumpang lain bahawa 1,000 soket elektrik yang tersedia di kawasan lapangan terbang adalah untuk keperluan penumpang mengecas komputer riba atau peranti mudah alih mereka.

Jika seseorang didapati menggunakan soket tersebut secara tidak wajar, mereka diperintah mencabut plug peralatan berkenaan segera.

Jika enggan, mereka boleh dikenakan denda HK$10,000 (sekitar RM5,500) dan penjara tiga bulan. – Sarawakvoice


Thus Article Selamba masak, makan mi segera di lapangan terbang

Itulah artikel Selamba masak, makan mi segera di lapangan terbang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Selamba masak, makan mi segera di lapangan terbang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/selamba-masak-makan-mi-segera-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Selamba masak, makan mi segera di lapangan terbang"

Catat Ulasan

Loading...