Loading...
Tajuk : Sejam Tahan Sakit Kaki Sangkut Lubang Tandas
link : Sejam Tahan Sakit Kaki Sangkut Lubang Tandas
Sejam Tahan Sakit Kaki Sangkut Lubang Tandas
SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terpaksa menahan kesakitan hampir sejam selepas kaki kirinya tersangkut dalam lubang tandas di rumahnya di Bandar Seri Behrang, Tanjung Malim, Perak, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kaki mangsa tersangkut dalam lubang tandas cangkung dan pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim berkata, anggota terpaksa memecahkan mangkuk tandas berkenaan menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan kaki mangsa.
Menurutnya, mangsa mengalami luka kecil pada kaki dan kemudiannya diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.
“Mangsa dihantar ke Hospital Tanjung Malim untuk rawatan lanjut,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Thus Article Sejam Tahan Sakit Kaki Sangkut Lubang Tandas
Itulah artikel Sejam Tahan Sakit Kaki Sangkut Lubang Tandas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Sejam Tahan Sakit Kaki Sangkut Lubang Tandas dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/sejam-tahan-sakit-kaki-sangkut-lubang.html
0 Response to "Sejam Tahan Sakit Kaki Sangkut Lubang Tandas"
Catat Ulasan