Loading...

Saya juga berdoa sebelum mulakan pembedahan - KP Kesihatan

Loading...
Saya juga berdoa sebelum mulakan pembedahan - KP Kesihatan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Saya juga berdoa sebelum mulakan pembedahan - KP Kesihatan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Saya juga berdoa sebelum mulakan pembedahan - KP Kesihatan
link : Saya juga berdoa sebelum mulakan pembedahan - KP Kesihatan

Baca juga


Saya juga berdoa sebelum mulakan pembedahan - KP Kesihatan

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memperkatakan tentang betapa pentingnya untuk melakukan yang terbaik dalam memberi rawatan kepada pesakit dengan diiringi kekuatan doa yang penuh barakah.
 
Beliau berkata menjadi rutin buat dirinya untuk memulakan pembedahan dengan membaca “Bismillahir-Rahmanir-Rahim’, kalimah bahasa Arab yang membawa maksud “Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”.
 
Menulis di laman Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata: “Pengajaran penting di sini adalah memulakan pembedahan itu dengan bacaan doa dan perjelaskan kepada pesakit serta anggota keluarga tentang ciri-ciri pembedahan tersebut.
 
“Kita harus meyakinkan mereka yang kita akan melakukan yang terbaik dan meminta mereka agar turut sama berdoa, tanpa mengira apa bangsa atau agama mereka.”
 
Beliau mengimbas kembali kes amat mencabar yang dikendalinya apabila beliau terpaksa mematahkan tulang sternum pesakit bagi membuang kanser tiroid folikular berulang yang mengakibatkan pesakit tersebut kehilangan darah lebih 15 liter.
 
Noor Hisham berkata pakar bius bertugas ketika itu berputus asa dan beliau juga hampir menyerah kalah.
 
“Namun dengan izin Allah, pesakit itu dibenarkan pulang ke rumah selepas seminggu kemudian,” katanya.
 
“Selama bertahun-tahun bertugas sebagai pakar bedah, saya belajar satu perkara penting – kita boleh cuba untuk lakukan yang terbaik untuk menjalankan pembedahan tersebut, lebih-lebih lagi jika ia sangat sukar,” katanya.
 
Catatan Facebook beliau itu dibuat berikutan terdapat kritikan terhadap juruterbang pesawat AirAsia X penerbangan D7237 yang dilaporkan meminta penumpang supaya berdoa ketika pesawat tersebut mengalami gegaran semasa dalam penerbangan dari Perth ke Kuala Lumpur pada Ahad lepas.
 
Walaupun keadaan itu dikaitkan dengan isu teknikal enjin, pesawat tersebut berjaya patah balik dan mendarat dengan selamat di Perth.
 
Banyak pihak yang memuji tindakan juruterbang dan kru pesawat itu kerana begitu profesional dalam menangani situasi tersebut serta memastikan keselamatan semua yang berada di dalam pesawat berkenaan.
 
 


Thus Article Saya juga berdoa sebelum mulakan pembedahan - KP Kesihatan

Itulah artikel Saya juga berdoa sebelum mulakan pembedahan - KP Kesihatan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Saya juga berdoa sebelum mulakan pembedahan - KP Kesihatan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/saya-juga-berdoa-sebelum-mulakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Saya juga berdoa sebelum mulakan pembedahan - KP Kesihatan"

Catat Ulasan

Loading...