Loading...

Sasha cabar diri

Loading...
Sasha cabar diri - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sasha cabar diri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sasha cabar diri
link : Sasha cabar diri

Baca juga


Sasha cabar diri

Menggunakan segala kelebihan diri menjadi misi utama pendatang baru ini dalam usaha menyerlahkan namanya di persada seni tempatan.

Sasha Nichole, 26, mungkin asing bagi pencinta muzik di Malaysia tetapi dia akrab dengan ramai penggiat industri.

Penyanyi yang berpangkalan di Melbourne, Australia ini menjadikan nyanyian sebagai medium baru untuk mencabar kreativiti diri.

“Saya sukakan muzik sejak kecil. Jadi apabila dapat peluang merakamkan lagu, saya perlu manfaatkannya sebaik mungkin.

“Saya tidak mengharapkan apa-apa, cukup dengan mencabar diri menghasilkan single pertama berjudul Selama-lamanya. Bekerja dengan komposer dan penyanyi berpengalaman lain memang satu pengalaman berharga.

“Menerusi single yang menyaksikan saya berkolaborasi dengan Altimate, semoga ia jadi permulaan yang baik,” katanya.

Walaupun menetap di Melbourne, Sasha mengakui cita rasa muziknya lebih cenderung kepada penyanyi Malaysia.

Meskipun berhijrah ke negara itu ketika remaja, dia sedikit pun tidak melupakan tanah air.

“Saya masih menyimpan kaset Datuk Siti Nurhaliza dan Rossa kerana terlalu sukakan mereka. Bahkan jika memandu kereta, saya akan pasang lagu mereka.

“Memang ramai juga penyanyi antarabangsa yang saya minat tapi ia langsung tidak menggugat kerinduan saya terhadap lagu Melayu,” katanya.

Bermula agak lewat pada usia sekarang, Sasha tidak melihat ia sebagai satu masalah.

Menurut graduan kewartawanan itu, laman sosial banyak membantunya berkongsi bakat dengan orang ramai.

“Saya sangat sukakan dunia kreatif. Apa sahaja aktiviti menjurus ke arah itu, saya akan berikan sepenuh komitmen.

“Sama seperti nyanyian, saya bertemu dengan orang yang betul dan single dihasilkan pun sangat menepati cita rasa saya,” katanya.

Ditanya adakah dia akan meneruskan kerjaya dalam dunia kewartawanan, Sasha berkata ia tidak ada dalam senarai impiannya sebaliknya lebih berminat mencurahkan kreativiti di media sosial.

“Saya menekankan penulisan yang bagus untuk setiap perkongsian di Instagram.

“Selain itu, saya juga ada blog sendiri yang memberikan kebebasan untuk saya menulis apa sahaja. Setakat ini saya menggunakan kedua-dua medium ini kerana lebih mudah dan praktikal,” katanya.

The post Sasha cabar diri appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sSVaay

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Sasha cabar diri

Itulah artikel Sasha cabar diri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sasha cabar diri dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/sasha-cabar-diri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sasha cabar diri"

Catat Ulasan

Loading...