Loading...

Rumah Terbuka Eidulfitri Selangor sasar 50,000 pengunjung

Loading...
Rumah Terbuka Eidulfitri Selangor sasar 50,000 pengunjung - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rumah Terbuka Eidulfitri Selangor sasar 50,000 pengunjung, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rumah Terbuka Eidulfitri Selangor sasar 50,000 pengunjung
link : Rumah Terbuka Eidulfitri Selangor sasar 50,000 pengunjung

Baca juga


Rumah Terbuka Eidulfitri Selangor sasar 50,000 pengunjung

OLEH: NORHAYATI UMOR

 RUmah terbuka


AMPANG: Rumah Terbuka Eidulfitri peringkat negeri yang akan diadakan pada 2 Julai depan menyasarkan menerima lebih 50,000 pengunjung.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd Hamid Hussain berkata, persiapan rapi sedang giat dijalankan oleh MPAJ yang bertindak selaku tuan rumah kali kedua, tahun ini.

Katanya, sebanyak 100 buah bas dijangka disediakan untuk membawa penumpang dari semua daerah ke lokasi rumah terbuka.

“Ketika ini, khemah-khemah sudah sedia dipasang secara berperingkat. Kemudahan bas disediakan juga perkhidmatan bas smart selangor dari stesen aliran transit ringan (LRT) disediakan.

“Sebanyak 34 gerai makanan dengan pelbagai juadah menarik disediakan pada majlis itu nanti antaranya kuih tempatan, pelbagai juadah nasi, pelbagai jenis mee dan juadah yang sinonim dengan hari raya disediakan,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat penuh bulanan, di sini.

Pada masa sama, Abd Hamid berkata, MPAJ bekerjasama dengan pengurusan pasaraya, pusat membeli belah dan pemilik parkir bertingkat bagi menyediakan petak parkir untuk pengunjung di kawasan berhampiran lokasi majlis.

“Kita juga bekerjasama dengan pihak polis bagi menjaga lalu lintas supaya tiada kesesakan berlaku sepanjang berlangsung rumah terbuka itu,” katanya.

Rumah terbuka itu akan diadakan pada 2 Julai depan bertempat di Padang Perbandaran Pandan Indah yang akan disempurnakan perasmiannya oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada jam 11 pagi.=EZY=



Thus Article Rumah Terbuka Eidulfitri Selangor sasar 50,000 pengunjung

Itulah artikel Rumah Terbuka Eidulfitri Selangor sasar 50,000 pengunjung Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rumah Terbuka Eidulfitri Selangor sasar 50,000 pengunjung dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/rumah-terbuka-eidulfitri-selangor-sasar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rumah Terbuka Eidulfitri Selangor sasar 50,000 pengunjung"

Catat Ulasan

Loading...