Loading...

Robot Star Wars Dilelong RM12 Juta

Loading...
Robot Star Wars Dilelong RM12 Juta - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Robot Star Wars Dilelong RM12 Juta, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Robot Star Wars Dilelong RM12 Juta
link : Robot Star Wars Dilelong RM12 Juta

Baca juga


Robot Star Wars Dilelong RM12 Juta


LOS ANGELES – Sebuah unit robot R2-D2 yang digunakan dalam beberapa filem Star Wars berjaya dijual pada harga hampir AS$3 juta (RM12.02 juta), kata agensi pelelong di selatan California.

Agensi di Los Angeles itu dalam katalog profil sejarahnya berkata, robot tersebut dipasang daripada bahagian yang digunakan dalam tiga filem Star Wars di antara 1977 dan 1983 dan dua filem di antara 1999 dan 2005.

Watak setinggi 109 sentimeter itu sebahagian besarnya dilakonkan aktor Inggeris, Kenny Baker yang terkenal dengan jenakanya.

Difahamkan, robot yang dijual itu mempunyai alat mekanikal dalaman dan bahagian luarnya diperbuat daripada aluminium, besi dan gentian kaca.

Pembeli yang enggan dikenali itu membayar AS$2.76 juta (RM11.85 juta) untuk robot itu, menjadikan ia lelongan termahal dalam sesi tiga hari membabitkan peralatan lakonan Hollywood.

Ia termasuk banyak alat lakonan lain daripada syarikat Lucasfilm, dengan lelongan keseluruhan berjumlah AS$14 juta (RM60.11 juta).

Pedang cahaya Skywalker daripada dua filem pertama, ‘A New Hope’ dan ‘The Empire Strikes Back’ berjaya dilelong pada harga AS$450,000 (RM1.93 juta).

Manakala topeng Darth Vader daripada filem asal dijual pada harga AS$96,000 (RM412,000). – AFP/BH ONLINE


Thus Article Robot Star Wars Dilelong RM12 Juta

Itulah artikel Robot Star Wars Dilelong RM12 Juta Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Robot Star Wars Dilelong RM12 Juta dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/robot-star-wars-dilelong-rm12-juta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Robot Star Wars Dilelong RM12 Juta"

Catat Ulasan

Loading...