Loading...

Ritual Berjalan Atas Serpihan Kaca, 'The Crystals of Love' Simbol Cinta Sejati

Loading...
Ritual Berjalan Atas Serpihan Kaca, 'The Crystals of Love' Simbol Cinta Sejati - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ritual Berjalan Atas Serpihan Kaca, 'The Crystals of Love' Simbol Cinta Sejati, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ritual Berjalan Atas Serpihan Kaca, 'The Crystals of Love' Simbol Cinta Sejati
link : Ritual Berjalan Atas Serpihan Kaca, 'The Crystals of Love' Simbol Cinta Sejati

Baca juga


Ritual Berjalan Atas Serpihan Kaca, 'The Crystals of Love' Simbol Cinta Sejati

Majlis perkahwinan walau di mana sahaja pun akan disambut dengan meriah memandangkan ia merupakan satu hari yang bersejarah buat pasangan pengantin lelaki dan perempuan.
The Crystals of Love

Bagi mencipta satu ritual baharu yang akan diingati semasa majlis perkahwinan, sebuah syarikat perunding perkahwinan, Wedding Glass memperkenalkan ritual berjalan kaki di atas serpihan kaca semasa majlis perkahwinan.

Kononnya, pasangan pengantin yang sanggup untuk berkaki ayam dan berjalan di atas serpihan kaca akan mampu untuk melalui pelbagai cabaran dan rintangan lain dalam rumah tangga mereka kelak.

Syarikat yang berpangkalan di Sepanyol itu merupakan syarikat pertama di dunia yang memperkenalkan ritual unik tersebut.

Hal itu kerana mereka percaya selepas ini, ritual berkaki ayam dan berjalan di atas serpihan kaca itu akan menjadi trend baharu kelak.

Melalui ritual yang dipanggil The Crystals of Love itu, kedua-dua pasangan pengantin akan berjalan ke arah satu sama lain di atas serpihan kaca sambil diperhatikan oleh ahli keluarga dan teman rapat.

Selepas proses itu selesai, kaki mereka akan dibersihkan menggunakan berus bagi memastikan tiada serpihan kaca yang melekat atau tertusuk ke dalam kaki.

Simbol cinta sejati

The Crystals of Love

Sebaik sahaja proses itu selesai, ia bermaksud pasangan pengantin itu sudah melepasi satu fasa sukar dan mencabar dalam perkahwinan.

Menurut salah seorang jurucakap syarikat Wedding Glass yang enggan didedahkan, serpihan kaca yang digunakan dalam majlis itu mempunyai maksud tersendiri.

"Serpihan kaca di bahagian yang mula-mula dipijak oleh pengantin melambangkan kehidupan mereka pada masa sekarang, manakala bahagian hujung yang menjadi titik pertemuan pengantin lelaki dan perempuan pula melambangkan kehidupan yang bakal ditempuhi oleh kedua-dua mereka selepas berkahwin," katanya.

Selain itu, serpihan itu juga menjadi lambang cinta sejati, keresahan serta cabaran dalam kehidupan berumah tangga.

Sekiranya cabaran itu berjaya diatasi, ia bermaksud pasangan sudah bersedia menjadi suami isteri yang sanggup susah dan senang bersama.

Tambah wakil syarikat itu lagi, rata-rata pasangan pengantin yang mencuba ritual itu berasa teruja dan sukakan pembaharuan yang diperkenalkan oleh Wedding Glass.

"Pengantin moden sudah jemu dengan ritual biasa di gereja dan mereka mahu mencuba sesuatu yang baharu," jelasnya.

The Crystals of Love

Begitu pun, berjalan dengan berkaki ayam di atas serpihan kaca sememangnya berbahaya dan kaki akan berisiko tinggi untuk terluka.

Oleh itu, Wedding Glass menyarankan supaya pasangan pengantin menjalani latihan terlebih dahulu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan dan ia boleh dilakukan sebanyak mana pun sehingga mahir.

Berjalan di atas serpihan kaca memerlukan keyakinan dan keberanian yang tinggi. Selain itu, seseorang itu perlulah memastikan dia berjalan dengan cara yang betul bagi mengelakkan kaki terluka.

"Kestabilan dan keseimbangan badan juga amat penting semasa ritual ini dijalankan," ujarnya.

BACA INI JUGA:


sumber: kosmo


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qZeTJm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Ritual Berjalan Atas Serpihan Kaca, 'The Crystals of Love' Simbol Cinta Sejati

Itulah artikel Ritual Berjalan Atas Serpihan Kaca, 'The Crystals of Love' Simbol Cinta Sejati Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ritual Berjalan Atas Serpihan Kaca, 'The Crystals of Love' Simbol Cinta Sejati dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/ritual-berjalan-atas-serpihan-kaca.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ritual Berjalan Atas Serpihan Kaca, 'The Crystals of Love' Simbol Cinta Sejati"

Catat Ulasan

Loading...