Loading...

'Rezeki jangan ditolak'

Loading...
'Rezeki jangan ditolak' - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Rezeki jangan ditolak', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Rezeki jangan ditolak'
link : 'Rezeki jangan ditolak'

Baca juga


'Rezeki jangan ditolak'

Zarul Umbrella tidak menyesal dengan keputusan meletak jawatan sebagai pramugara untuk lebih aktif sebagai penyanyi.

Zarul, 44, yang kini dikenali sebagai Zarul Husin berkata, dia bersyukur kerana keputusannya tidak sia-sia apabila rezeki kian murah sejak menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV) musim ketiga tahun lalu.

Selain itu, Zarul turut laris sebagai pelakon dan kini perlu bijak menyusun jadual seni.

“Alhamdulillah selepas tamat GV3 saya mula menceburkan diri dalam lakonan. Disebabkan tawaran itu mula datang, apa salahnya saya cabar diri untuk mencuba.

“Saya juga diberi peluang meminjamkan suara untuk filem animasi The Secret Life of Pets versi bahasa Malaysia dan ini satu pengalaman baru buat saya,” katanya.

Zarul berkata, pastinya berbeza apabila berlakon dan meminjamkan suara. Walaupun meminjamkan suara dia juga perlu berlakon tetapi orang tidak nampak.

“Saya anggap ia pengalaman dan keterujaan yang baru buat saya. Pastinya ia mempunyai cabaran tersendiri.

“Saya memang tidak ada pengalaman, tetapi tidak serik untuk mencuba dan berharap berpeluang meminjamkan suara untuk filem lain pada masa akan datang,” katanya.

Selain itu, Zarul juga turut terbabit dalam drama episod bertajuk Mr Darling Inspektor Danial yang bakal disiarkan di saluran Astro tidak lama lagi.

Apa yang pasti, Zarul berjaya membuktikan usia 40-an bukan alasan untuk tidak mendapat tawaran berlakon sebaliknya jika sudah rezeki rebutlah peluang yang sedia ada.

“Saya anggap masih diberi peluang menyanyi dan berlakon pada usia begini adalah rezeki yang tidak boleh saya tolak.

“Apabila melihat artis lain yang seusia mampu melakukannya, mengapa saya tidak? Walaupun orang melihat seperti ligat berlakon, tawaran menyanyi masih saya terima pada setiap hujung minggu,” katanya.

Zarul berkata, dia turut berkongsi perkembangan seninya setiap hari di laman Instagram untuk makluman peminat. -Syanty Octavia Amry



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tKXm4z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article 'Rezeki jangan ditolak'

Itulah artikel 'Rezeki jangan ditolak' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Rezeki jangan ditolak' dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/rezeki-jangan-ditolak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Rezeki jangan ditolak'"

Catat Ulasan

Loading...