Loading...

Resorts World Manila Diserang Lelaki Bersenjata

Loading...
Resorts World Manila Diserang Lelaki Bersenjata - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Resorts World Manila Diserang Lelaki Bersenjata, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Resorts World Manila Diserang Lelaki Bersenjata
link : Resorts World Manila Diserang Lelaki Bersenjata

Baca juga


Resorts World Manila Diserang Lelaki Bersenjata


PELANGGAN Resorts World Manila, Filipina berdepan detik cemas apabila diserang seorang lelaki bertopeng dan bersenjata, awal pagi tadi.

CNN Filipina melaporkan seorang lelaki bersenjata menyerang bilik judi di resort tersebut sebelum berjaya melarikan diri dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi tadi (waktu tempatan).

Orang ramai dilaporkan bertempiaran lari dari resort yang terletak berhadapan dengan jalan utama menuju ke lapangan terbang antarabangsa Filipina selepas suspek melepaskan tembakan rambang.


Ketua Polis Filipina, Ronald Dela Rosa berkata, lelaki terbabit dipercayai menggunakan rifel MR namun tiada sesiapa yang terkena tembakan tersebut.

Beliau berkata, lelaki terbabit dipercayai bertindak sendirian dengan masuk ke dalam salah satu bilik judi sebelum melepaskan tembakan ke arah skrin televisyen.

Suspek kemudiannya menuang minyak ke atas meja judi sebelum menyalakan api dan membakar bilik stor yang mengandungi cip judi serta membawa lari beg galas cip bernilai 1 juta peso (RM86,195)

Jelasnya, suspek berjaya dikesan kira-kira jam 4.30 pagi (waktu tempatan) iaitu kira-kira empat jam kejadian tersebut dilaporkan.

“Lelaki itu sudah mati. Lelaki itu berjaya dibunuh pasukan kita,” katanya.

Setakat ini, Dela Rosa menolak pembabitkan pengganas dalam serangan itu dan tiada laporan mengenai tebusan diterima.


Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Resorts World Manila Stephen Reilly berkata, kira-kira 30 orang cedera selepas cuba melarikan diri daripada rempuhan dan asap.

Resorts World Manila adalah cabang Resorts World Genting, Malaysia dan Resorts World Sentosa, Singapura. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Resorts World Manila Diserang Lelaki Bersenjata

Itulah artikel Resorts World Manila Diserang Lelaki Bersenjata Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Resorts World Manila Diserang Lelaki Bersenjata dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/resorts-world-manila-diserang-lelaki_2.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Resorts World Manila Diserang Lelaki Bersenjata"

Catat Ulasan

Loading...