Loading...

Rambut Anak Berkutu,Atasinya Dengan 5 Petua Mudah Ini Guna Bahan Semula Jadi Je!

Loading...
Rambut Anak Berkutu,Atasinya Dengan 5 Petua Mudah Ini Guna Bahan Semula Jadi Je! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rambut Anak Berkutu,Atasinya Dengan 5 Petua Mudah Ini Guna Bahan Semula Jadi Je!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rambut Anak Berkutu,Atasinya Dengan 5 Petua Mudah Ini Guna Bahan Semula Jadi Je!
link : Rambut Anak Berkutu,Atasinya Dengan 5 Petua Mudah Ini Guna Bahan Semula Jadi Je!

Baca juga


Rambut Anak Berkutu,Atasinya Dengan 5 Petua Mudah Ini Guna Bahan Semula Jadi Je!

Melihat anak asyik menggaru-garu kepala sebaik pulang dari rumah pengasuh, taska atau sekolah, masalah kutu pasti terlintas di fikiran. Ia boleh jadi ingauan ngeri dan memang 'masalah besar' buat mak-mak, iyalah satu hal nak kena uruskan masalah kutu pada rambut anak pula.

Apa tidaknya jika tidak dinyahkan kutu-kutu ni, kemungkinan satu keluarga akan dijangkiti masalah kutu yang menyebabkan kepala gatal malah luka akibat menggaru.

Punca Jangkitan Kutu:

1.Tidur atau duduk dekat dengan orang yang sudah dijangkiti kutu

Kutu boleh berpindah dari satu kepala ke kepala yang lain melalui interaksi secara langsung. Sebagai contoh, tidur dengan seseorang yang mempunyai masalah kutu.

Begitu juga jika anak anda duduk di dalam kelas bersebelahan dengan kanak-kanak yang mempunyai kutu, kebarangkalian untuk berjangkit adalah amat tinggi.

2. Memakai kelengkapan peribadi orang yang berkutu

Antara penyebab utama timbulnya masalah kutu kepala adalah kerana berkongsi barangan peribadi seperti sikat, tuala, baju, topi dan sebagainya.Ia akan menyebabkan kutu tersebut dapat berpindah ke kepala lain.

3. Pengabaian penjagaan kebersihan kepala

Menjaga kebersihan bahagian kepala dan rambut penting untuk mengelakkan berlakunya masalah kutu.Bagi anak-anak yang mengenakan tudung, keadaan rambut yang kotor boleh menjadi penyebab wujudnya masalah kutu rambut.Selain itu, masalah rambut seperti rambut kering, rosak dan berkelemumur juga boleh menjadi faktor pendorong masalah kutu rambut.

Namun begitu, sekiranya mak-mak risau dengan penggunaan syampu kimia untuk menghapuskan kutu pada rambut anak,boleh cuba petua mudah ini yang menggunakan bahan semula jadi dan pastinya lebih selamat. Antaranya;

1.Lemon

Sifat asid yang dimiliki oleh lemon sememangnya tidak disukai oleh kutu rambut. Caranya amat mudah iaitu dengan mengambil beberapa biji lemon segar dan diambil jusnya.Gunakan perahan jus sebagai syampu untuk rambut. Lumurkan dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

2.Limau Nipis dan Minyak Kayu Putih

Campuran kedua-dua bahan ini dikatakan amat efektif untuk mengatasi masalah kutu rambut. Ubat secara tradisional ini bertindak untuk mematikan telur kutu dan baunya tidak digemari oleh kutu rambut.

3.Minyak Zaitun

Ia juga dikatakan sebagai bahan ramuan semulajadi yang baik untuk membasmi masalah kutu rambut. Caranya amat mudah iaitu dengan melumurkan minyak zaitun di seluruh bahagian kepala dan membiarkan ia selama 30 minit. Serkup rambut menggunakan shower cap.

Kemudian bilas rambut seperti biasa diikuti dengan mencuci rambut dengan menggunakan syampu.

4.Bawang Merah

Bawang merah juga dikatakan berkesan untuk menghilangkan masalah kutu rambut. Ambil beberapa biji bawang merah yang telah ditumbuk dan lumurkan di atas kepala. Biarkan seketika sebelum membilasnya dengan air biasa.

5.Cuka Makan

Ia berfungsi sebagai pembasmi kutu kerana cuka makan akan membuatkan telur kutu mati dan tidak sempat menetas.Kadar asid yang tinggi juga membantu mengatasi masalah kutu.

Namun begitu, jika masalah ini kerap berulang, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan susulan agar masalah ini tidak terus membelenggu anak-anak yang pastinya tidak selesa berhadapan dengan masalah ini dalam tempoh yang lama.

Selamat Mencuba!
 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r08r4L

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Rambut Anak Berkutu,Atasinya Dengan 5 Petua Mudah Ini Guna Bahan Semula Jadi Je!

Itulah artikel Rambut Anak Berkutu,Atasinya Dengan 5 Petua Mudah Ini Guna Bahan Semula Jadi Je! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rambut Anak Berkutu,Atasinya Dengan 5 Petua Mudah Ini Guna Bahan Semula Jadi Je! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/rambut-anak-berkutuatasinya-dengan-5.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rambut Anak Berkutu,Atasinya Dengan 5 Petua Mudah Ini Guna Bahan Semula Jadi Je!"

Catat Ulasan

Loading...