Tajuk : Rakaman Video Dua Wanita Warga Asing Tersalah Tempat Beribadat Jadi Tular
link : Rakaman Video Dua Wanita Warga Asing Tersalah Tempat Beribadat Jadi Tular
Rakaman Video Dua Wanita Warga Asing Tersalah Tempat Beribadat Jadi Tular
SABAH - Satu rakaman video yang memaparkan dua wanita warga asing sedang melakukan upacara ibadat mereka di Masjid Baitul Iman, Limbang yang dikatakan berlaku pada Ahad lalu.
Gelagat dua wanita berkenaan telah dirakamkan oleh jemaah masjid dan kemudiannya telah dimuatnaik ke laman sosial lalu jadi tular serta mendapat perhatian netizen yang rata-rata diantara mereka menyifatkan kejadian itu amat melucukan.
Dalam kejadian yang berlaku pada hari Ahad, jam 4.30 petang itu, dua wanita terbabit yang berusia dalam lingkungan 20 tahun didapati memasuki masjid dan terus melalukan ibadat mengikut cara agama mereka sebelum ditegur oleh jemaah masjid yang berada di situ.
Menurut laporan, mereka seperti langsung tidak menyedari apa yang mereka lakukan dan dipercayai baru sahaja memasuki ke negara ini.
Kedua-dua wanita terbabit hanya melemparkan senyuman dan kelihatan seperti malu selepas mereka diberitahu oleh jemaah masjid tentang rumah ibadat yang sebenarnya berdekatan dengan kawasan berkenaan.
Rakaman video yang berdurasi 23 saat tersebut turut mendapat pujian dari netizen terhadap jemaah masjid serta jawatankuasa masjid yang terkenal itu kerana tidak mengambil tindakan terburu-buru setelah berhadapan dengan situasi berkenaan, lapor Harian Metro.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rNoeku
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Rakaman Video Dua Wanita Warga Asing Tersalah Tempat Beribadat Jadi Tular
Anda sedang baca artikel Rakaman Video Dua Wanita Warga Asing Tersalah Tempat Beribadat Jadi Tular dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/rakaman-video-dua-wanita-warga-asing.html
0 Response to "Rakaman Video Dua Wanita Warga Asing Tersalah Tempat Beribadat Jadi Tular"
Catat Ulasan