Tajuk : Qatar Bayar Pengganas AS$1 Bilion Bebas 26 Tebusan
link : Qatar Bayar Pengganas AS$1 Bilion Bebas 26 Tebusan
Qatar Bayar Pengganas AS$1 Bilion Bebas 26 Tebusan
DOHA – Kerajaan Qatar dilaporkan membayar wang tebusan AS$1 bilion kepada rejim Iran dan sekutu al-Qaeda di Syria untuk pembebasan tahanan termasuk anggota kerabat diraja Qatar.
Portal MailOnline melaporkan, tindakan pembayaran pampasan itu mungkin menjadi punca Arab Saudi dan lapan buah negara Arab lain sanggup memutuskan hubungan diplomatik secara mengejut dengan Doha pada Isnin lalu.
Negara terlibat ialah Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Yaman, Libya, Maldives, Jordan dan Mauritania manakala Malaysia dan jirannya, Indonesia sebagai negara teramai umat Islam di dunia tidak berbuat demikian.
Wang tebusan mewah itu dibayar secara rahsia oleh pemerintah Doha bagi usaha pembebasan seramai 26 orang tawanan termasuk beberapa ahli kerabat diraja Qatar selepas mereka diculik oleh militan di selatan Iraq.
Insiden yang tidak dijangka tersebut berlaku ketika kumpulan berkenaan sedang sibuk menyertai aktiviti lasak pemburuan haiwan liar dengan menggunakan bantuan burung helang terlatih pada 16 Disember 2015 lalu.
Kumpulan pemburu pelbagai kewarganegaraan itu berjaya diculik oleh penganas antarabangsa tersebut ketika mereka memasuki Iraq menerusi wilayah Muthanna, kira-kira 370 kilometer tenggara dari ibu kota Baghdad.
Seramai 11 orang daripada mereka merupakan ahli keluarga pemerintah diraja Qatar. Doha dikatakan serba salah dalam isu tersebut selain tidak mahu mengulangi nasib malang yang pernah dialami ramai tebusan sebelum itu.
Justeru Qatar membayar pampasan itu pada awal tahun ini kepada sekutu al-Qaeda yang berperang di Syria dan pihak keselamatan Iran, kata sumber seorang individu yang terlibat dalam rundingan pampasan pada April lalu.
“Pembayaran tebusan (oleh Qatar) itu mencetuskan reaksi mengejut secara besar-besaran (daripada negara Teluk),” kata seorang pemerhati negara-negara Teluk dalam ulasan kepada akhbar antarabangsa Financial Times.
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2shRpPt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Qatar Bayar Pengganas AS$1 Bilion Bebas 26 Tebusan
Anda sedang baca artikel Qatar Bayar Pengganas AS$1 Bilion Bebas 26 Tebusan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/qatar-bayar-pengganas-as1-bilion-bebas.html
0 Response to "Qatar Bayar Pengganas AS$1 Bilion Bebas 26 Tebusan"
Catat Ulasan