Loading...

PUTERA PALSU TIPU PAMELA ANDERSON, DIPLOMAT ITALI

Loading...
PUTERA PALSU TIPU PAMELA ANDERSON, DIPLOMAT ITALI - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PUTERA PALSU TIPU PAMELA ANDERSON, DIPLOMAT ITALI, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PUTERA PALSU TIPU PAMELA ANDERSON, DIPLOMAT ITALI
link : PUTERA PALSU TIPU PAMELA ANDERSON, DIPLOMAT ITALI

Baca juga


PUTERA PALSU TIPU PAMELA ANDERSON, DIPLOMAT ITALI

ROME – Polis Itali memburu seorang lelaki yang berjaya ‘memperbodohkan’ pihak berkuasa, para diplomat dan juga pelakon terkenal, Pamela Anderson dengan mendakwa dirinya sebagai putera dari Montenegro, sebuah negara kecil di timur Eropah.

Lelaki yang dirahsiakan namanya, menggelar dirinya sebagai Putera Stefan Cernetic dari Montenegro dan Macedonia, dan membuat akaun Facebook dan laman web untuk menunjukkan watikah-watikahnya yang palsu selain berkomplot bersama duta palsunya di Itali.

Polis di bandar Brindisi, di selatan Itali, mendakwa kedua-dua lelaki itu, masih gagal dikesan dan usaha memburu mereka giat dijalankan.

Media tempatan mendakwa, lelaki berkenaan, masing-masing berusia 57 tahun dan 63 tahun, mempunyai rekod jenayah lampau.

Jelas laporan media kedua-dua mereka melawat Itali dengan menaiki kereta mewah Mercedes dan menggunakan plat dan bendera diplomatik Republik Montenegro.

Tetapi perbuatan mereka mendatangkan curiga apabila menghabiskan masa selama seminggu di sebuah pusat peranginan mewah di Puglia pada Ogos lalu apabila kos perbelanjaan mereka diserahkan kepada Kementerian Luar Montenegro.

Bagaimanapun kementerian terbabit enggan bertanggungjawab atas kos itu.

Pihak berkuasa melancarkan siasatan dan melakukan pemeriksaan, sekali gus membongkar penemuan banyak setem, permit diplomatik dan sijil anugerah antarabangsa yang dipaparkan dengan lengan dan logo Montenegro.

Kesemua barangan itu disita oleh pihak berkuasa.

Facebook putera palsu itu mula dibuka pada 2 Februari 2014, menyaksikan beberapa individu terkemuka yang ditemuinya, selain mengadakan penganugerahan darjah kerhormatan yang palsu, anugerah-anugerah, dan pelbagai kehormatan.

Antara gambar yang dimuatnaik dalam Facebokk itu termasuk ahli perniagaan, ahli politik, putera diraja Monaco, Putera Albert II, dan ahli-ahli tertinggi Gereja Katolik dan Ortodoks.

Walaupun polis sedang giat memburu mereka, beberapa laporan telah dibuat berkenaan aktiviti palsu ‘putera’ itu sebelum ini.

Laman web Fake Titles and Orders telah mendedahkan helah itu pada April 2014, dan pada November, yang melaporkan putera berkenaan pernah bertemu dengan Pamela Anderson, yang kononnya memberi anugerah kepada pelakon wanita itu.

Pada 2013, akhbar Itali II Fatto Quotidiano membuat laporan tentang ‘Putera Montenegro’ yang menikmati hidangan sebanyak €50 (RM239) di sebuah restoran Tusca sebagai pertukaran untuk mendapat nasihat di laman web TripAdvisor.

– Newsweek

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sp6Qod

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article PUTERA PALSU TIPU PAMELA ANDERSON, DIPLOMAT ITALI

Itulah artikel PUTERA PALSU TIPU PAMELA ANDERSON, DIPLOMAT ITALI Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PUTERA PALSU TIPU PAMELA ANDERSON, DIPLOMAT ITALI dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/putera-palsu-tipu-pamela-anderson.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PUTERA PALSU TIPU PAMELA ANDERSON, DIPLOMAT ITALI"

Catat Ulasan

Loading...