Loading...

Puntung diberi suntikan eutanasia pagi tadi

Loading...
Puntung diberi suntikan eutanasia pagi tadi - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Puntung diberi suntikan eutanasia pagi tadi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Puntung diberi suntikan eutanasia pagi tadi
link : Puntung diberi suntikan eutanasia pagi tadi

Baca juga


Puntung diberi suntikan eutanasia pagi tadi

KOTA KINABALU: Puntung, badak Sumatera betina yang menghidap kanser sel skuamus atau kanser kulit, diberi suntikan eutanasia (memberikan ubat untuk mempercepatkan proses kematian bagi menamatkan kesengsaraan) pagi tadi di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin di Lahad Datu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) Augustine Tuuga berkata penjaga Puntung, Wilson Kuntil, Hassan Sani dan Samad Gubin telah tidur bersama-sama Puntung dalam padok hutannya, bagi memastikan haiwan itu di bawah pengawasan sepanjang masa.

"Karsinoma itu telah semakin membesar dari segi saiz dan terdapat tanda-tanda jelas Puntung mengalami kesukaran bernafas yang ketara.

"Dalam rundingan dengan penasihat pembiakan badak kami di Institut Penyelidikan Zoologi dan Hidupan Liar Leibniz, Berlin, dan pihak lain, keputusan dibuat untuk menamatkan ketidakselesaannya, dan awalkan tarikh prosedur itu. Sebelum ini kami rancang pada 15 Jun," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tuuga berkata dalam usaha mencapai matlamat untuk menyumbang kepada kelangsungan spesiesnya, ovari Puntung dihantar dengan segera ke Institut Agro-Bioteknologi Malaysia, Serdang.

"Pada masa sama, pakar pembiakan Indonesia Prof Arief Boediono datang dari Jakarta, bersedia untuk mendapatkan apa-apa sel telur yang mungkin wujud.

"Jika oosit boleh dikeluarkan dan matang, sperma beku daripada badak jantan Tam akan dicairkan untuk suntikan sperma intrasitoplasma oleh Prof Arief. Kita akan tahu keputusannya dalam beberapa hari lagi," katanya.

Puntung menderita sejak pertengahan Mac lepas apabila bahagian dalam rahangnya bernanah akibat jangkitan, yang tidak akan sembuh walaupun mendapat rawatan.

Badak betina ini menarik perhatian dunia pada April lepas kerana menjalani pembedahan pergigian di bawah kendalian sekumpulan pakar daripada pelbagai negara, di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin.

Puntung adalah satu daripada tiga ekor badak Sumatera di negara ini, dan sekarang hanya tinggal dua.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qQ1GCF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Puntung diberi suntikan eutanasia pagi tadi

Itulah artikel Puntung diberi suntikan eutanasia pagi tadi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Puntung diberi suntikan eutanasia pagi tadi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/puntung-diberi-suntikan-eutanasia-pagi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Puntung diberi suntikan eutanasia pagi tadi"

Catat Ulasan

Loading...