Loading...

Protes SPR: Naib Ketua Pemuda Amanah direman empat hari

Loading...
Protes SPR: Naib Ketua Pemuda Amanah direman empat hari - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Protes SPR: Naib Ketua Pemuda Amanah direman empat hari, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Protes SPR: Naib Ketua Pemuda Amanah direman empat hari
link : Protes SPR: Naib Ketua Pemuda Amanah direman empat hari

Baca juga


Protes SPR: Naib Ketua Pemuda Amanah direman empat hari

MALAYSIA DATELINE

Shazni Munir direman


Naib Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin (berbaju oren) direman empat hari bermula hari ini, bagi siasatan kes di bawah Seksyen 341/143 Kanun Keseksaan.

Seksyen 341 merujuk kepada kesalahan "menghalang mana-mana orang dengan salah" dengan memperuntukkan hukuman penjara sehingga sebulan, atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Shazni ditahan polis ekoran protes termasuk merantai dan mengunci pagar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya pada 23 Mei lalu.

Himpunan itu berhubung bantahan kepada SPR yang memberhentikan pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) kepada parti-parti politik.
Wan Anwar Wan Ibrahim 1
Bagaimanapun, peguam yang mewakili Shazni, Wan Anwar Wan Ibrahim (gambar) berkata pihak polis seharusnya tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyiasat Shazni memandangkan himpunan itu berlangsung tidak sampai satu jam dan tidak ada kekecohan berlaku.

"Saya sebagai peguam Shazni berhujah bahawa tidak masuk akal kalau kes yang sebegini mudah, perhimpunan tak sampai sejam, secara aman dan tak ada kekecohan berlaku, tak munasabah polis tak dapat melakukan siasatan dalam masa yang singkat," katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Majistret Putrajaya, tengah hari tadi.

Justeru, beliau meminta agar polis menyelesaikan siasatan secepat mungkin walaupun diberi kebenaran menahan Shazni sehingga 13 Jun ini.

"Saya kesal dengan tindakan polis yang kurang kesungguhan menyelesaikan siasatan yang sepatutnya tak ada prosedur terlalu banyak.

"Walaupun diberikan masa empat hari, saya beritahu polis tadi kalau boleh cuba selesaikan siasatan paling lewat sehingga esok untuk sama-sama simpulkan hasil siasatan," katanya yang juga Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional.

Dalam pada itu, beliau turut kesal terhadap SPR yang dilihat semakin merumitkan proses demokrasi.
"Saya kecewa tindakan SPR kerana mengambil jalan lebih menyukarkan lagi proses demokrasi dalam negara kita dengan membuat laporan polis.

"SPR sepatutnya hantar wakil terima memorandum daripada Pemuda Pakatan Harapan pada hari itu berkenaan isu RDPT yang dibawa," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohamad Sany Hamzan menggesa pihak polis menyegerakan siasatan dan membebaskan Shazni.

"Saya harap polis menyegerakan siasatan ke atas Shazni. Seharusnya polis menyiasat SPR yang tak edar RDPT kepada parti politik, bukan menahan Shazni," katanya yang turut hadir memberikan sokongan kepada Shazni.



Thus Article Protes SPR: Naib Ketua Pemuda Amanah direman empat hari

Itulah artikel Protes SPR: Naib Ketua Pemuda Amanah direman empat hari Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Protes SPR: Naib Ketua Pemuda Amanah direman empat hari dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/protes-spr-naib-ketua-pemuda-amanah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Protes SPR: Naib Ketua Pemuda Amanah direman empat hari"

Catat Ulasan

Loading...