Loading...
Tajuk : #PRKPujut : Kerusi Pujut Bukan Boleh Dibeli Dengan Duit
link : #PRKPujut : Kerusi Pujut Bukan Boleh Dibeli Dengan Duit
#PRKPujut : Kerusi Pujut Bukan Boleh Dibeli Dengan Duit
Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian menegaskan kerusi Pujut bukan boleh dibeli dengan duit sambil mengambarkan persaingan sengit yang akan berlaku pada Piliharan Raya Kecil (PRK) Pujut pada 4 Julai nanti.
Memetik laporan Utusan Borneo, Dr Sim turut mengambarkan cabaran yang bakal dihadapi calon Barisan Nasional (BN) memandangkan kerusi tersebut dikenali sebagai kubu kuat parti pembangkang.
"Pujut merupakan kerusi tradisi SUPP dan sesiapa yang berasa layak untuk dipertimbangkan bertanding menggunakan tiket BN sebelum ini perlu mengemukakan nama kepadanya dan seterusnya menyertai SUPP.
"Usaha gigih dan kerjasama erat dalam BN amat mustahak jika ingin kerusi itu menjadi milik BN semula," katanya.
Tambah Dr Sim, pihaknya telah mengemukakan nama kepada Pengerusi BN Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg untuk dipertimbangkan.
Selain SUPP, UPP yang juga berhasrat untuk bertanding di kerusi Pujut turut mengemukakan nama kepada Abang Johari.
Terdahulu, pada Pilihan Raya Negeri 2016, kerusi Pujut dimenangi Dr Ting Tiong Choon daripada DAP selepas menewaskan tiga pencabarnya - Datuk Hii King Chiong (BN), Jofri Jaraiee (PAS) dan Fong Pau Teck (Bebas).
Kerusi Pujut kosong ekoran Dr Ting hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 12 Mei lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan pilihan raya kecil akan diadakan pada 4 Julai, dan penamaan calon pada 20 Jun. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sFNmsP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article #PRKPujut : Kerusi Pujut Bukan Boleh Dibeli Dengan Duit
Itulah artikel #PRKPujut : Kerusi Pujut Bukan Boleh Dibeli Dengan Duit Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel #PRKPujut : Kerusi Pujut Bukan Boleh Dibeli Dengan Duit dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/prkpujut-kerusi-pujut-bukan-boleh.html
0 Response to "#PRKPujut : Kerusi Pujut Bukan Boleh Dibeli Dengan Duit"
Catat Ulasan